Kisah Dua Lautan Yang Bertemu Tapi Tak Pernah Menyatu 2

Kisah Dua Lautan Yang Bertemu Tapi Tak Pernah Menyatu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda lihat gambar atau video mengenai dua lautan yang seakan terpisah seolah-olah ada penghalang yang memisahkan keduanya?

Terletak di Selat Gibraltar, dua lautan yang bertemu tetapi tidak pernah menyatu memiliki warna yang berbeza ini sebenarnya adalah daripada jenis air laut yang berbeza – satu air laut dan satu lagi ialah air tawar.

Kisah Dua Lautan Yang Bertemu Tapi Tak Pernah Menyatu 3

Selat Gibraltar ini merupakan pertemuan antara Laut Mediterania dengan Laut Atlantik, atau secara tepatnya negara Morocco dan Sepanyol.

Menurut sains, fenomena yang dipanggil sebagai halocline ini terjadi menyebabkan berlakunya gradasi warna pada air laut sehinggakan ianya nampak seperti terbelah.

Secara mudahnya disebut sebagai ‘tegangan permukaan’.

Helocline menjadikan air laut nampak seolah-olah  terbelah akibat pertemuan antara air yang kandungan garamnya lebih rendah dengan air yang kandungan garamnya lebih tinggi.

Kisah Dua Lautan Yang Bertemu Tapi Tak Pernah Menyatu 1

Fenomena luar biasa ini turut berlaku di beberapa tempat termasuklah di Mesir yang mana air dari Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Dalam Al-Quran ada beberapa ayat yang menerangkan fenomena ini.

1. Ayat ke-53 surah Al-Furqan:

“Dan Dialah yang mengalirkan berdampingan dua laut, yang ini tawar segar dan yang lain masin pahit dan Dia menjadikan antara keduanya pemisah dan batas yang menghalangi (percampuran keduanya).”

2. Ayat 19, 20 dan 21 surah Ar-Rahman:

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dapat melampaui oleh masing-masing. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Seorang profesor dari University of California-Santa Cruz, Ken Bruland pernah menyatakan kedua-dua lautan ini mungkin akan bergabung, cuma proses yang diambil untuk ianya berlaku adalah perlahan namun secara berterusan membawa kepada penafian atas dakwaan bahawa kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung.

Sempadan yang tercipta antara kedua lautan ini boleh juga berubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.