
Kisah Doktor Menculik Untuk Siasat Kes Culik, Filem Tamil ‘Doctor’ Di Netflix Ini Memang Kelakar Dan Menghiburkan
Baru sahaja dilancarkan di Netflix, filem Tamil, Doctor arahan dan tulisan Nelson Dilipkumar berjaya menduduki carta 10 filem/drama teratas di Netflix.
Filem ini mengisahkan mengenai Varun (lakonan Sivakarthikeyan) yang sangat berdisplin dalam kehidupan. Namun kerana itu jugalah cinta beliau tidak dibalas gadis yang beliau cintai, Padhmini (lakonan Priyanka Arulmohan) yang mahukan lelaki yang lebih beremosi.
Namun pada ketika keduanya dalam konflik cinta sehingga Padhmini mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan, anak saudara Padhmini, Chinnu hilang dari sekolah dipercayai diculik.
Datang untuk membantu, Varun menggunakan kaedahnya yang sendiri bagi menyelesaikan kes penculikan ini iaitu dengan menculik kanak-kanak lain.
Mengkritik isu sosial tetapi menerusi cara penceritaan yang menarik minat penonton, jenayah pemerdagangan manusia menjadi fokus utama filem ini.
Menyampaikan kisah yang berat dalam cara yang santai, pada awal filem ini memang agak membosankan dan plot sedikit sedikit menjadi menarik dan membuatkan penonton terhibur dalam masa sama cemas menantikan pengakhirannya.
Ditambah pula dengan watak Yogi Babu sebagai penculik profesional, pastinya filem ini lebih menarik untuk ditonton.
Sebelum anda tonton di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah:
Trending now



