
Kisah Di Sebalik Gambar Ikonik ‘Skirt Terbang’ Marilyn Monroe
Kisah Di Sebalik Gambar ‘Skirt Terbang’ Marilyn Monroe
Marilyn Monroe mungkin salah seorang wanita yang paling terkenal di dunia.
BACA: Walaupun Patah, Cermin Mata Ikonik John Lennon Tetap Berjaya Dilelong Dengan Harga RM827,000
Walaupun mungkin ada yang tidak mengenali beliau dengan namanya, mungkin ada antara kita yang mengenali figura yang terkenal dengan ‘momen’ skirt terbang seorang wanita yang mengenakan dress berwarna putih ini.

Sehinggakan ada patung yang dibina bagi ‘meraikan’ momen tersebut.
Diambil pada 15 September 1954, gambar ini dirakam jurugambar Sam Shaw semasa Marilyn sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem di Lexington Avenue, New York.

Semasa angin menerbangkan skirt Marilyn, Marilyn tidak bereaksi malu seperti kebanyakan wanita yang ada di zaman tersebut sebaliknya menjerit, “nyaman bukan?”
Momen itu kemudian dipromosikan Marilyn dan menjadikan Sam atau Sam Spade terkenal dan ditawarkan untuk menjadi jurgambar untuk filem the Seven Year Itch.
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya momen ikonik ini diambil sebanyak dua kali.
Pertama, semasa bersama penonton dan wartawan. Namun kerana terlalu bising dan tidak boleh disunting, gambar ini diambil sekali lagi di petas bunyi tertutup di Los Angeles dan kali ini dirakam oleh jurugambar Billy Wider.
Biarpun keduanya kelihatan tidak jauh beza, namun ramai yang berpendapat momen skirt terbang Marilyn yang berjaya dirakam Sam lebih ikonik kerana turut merakamkan zaman secara spontan tidak seperti gambar kedua yang memerlukan lakonan semula.
Trending now



