Showroom BMW

Kisah Benar: Tabur RM100,000 Atas Meja Showroom BMW Kerana Terhina Dipandang ‘Tak Mampu’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang telah menjadi lumrah dalam kehidupan hari ini, rupa paras dan penampilan fizikal dianggap sebagai lambang status seseorang.

Tidak hairanlah sekiranya mereka yang berpakaian kemas serta berjenama mewah sering dianggap sebagai kaya-raya berbanding dengan mereka yang hanya ‘sempoi’ dan berpakaian hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

Kisah benar yang sarat dengan pengajaran ini dikongsikan oleh Ir. Hj. Zainuddin Omar di laman Facebooknya berikut yang mengajak orang ramai agar jangan terlalu taksub atau memandang rendah terhadap gaya berpakaian seseorang.

Showroom BMW

Ini cerita pendek yang boleh dijadikan iktibar.

Pada tahun 80’an saya mempunyai seorang rakan sepermainan badminton bernama Harun (bukan nama sebenar).

Beliau berbadan gemok lebih kurang 150kg tetapi tersangat suka bermain badminton regu.

Harun jenis orang happy go lucky, berpakaian cumpang-camping dan hanya berselipar jepun ke mana-mana.

Beliau bercerita pernah memasuki sebuah showroom BMW untuk beli sebiji BMW E30 325iX.

Pada zaman 80’an BMW ini memang kereta orang kaya kerana harga lebih 100,000 ringgit.

Apabila masuk showroom dengan pakaian cumpang-camping dan berselipar jepun, tiada seorang salesman pun mahu melayan beliau.

Walaupun dipanggil, tiada siapa datang kerana Harun tidak nampak seperti seorang yang serius mampu membeli sebiji kereta BMW.

Keesokkan hari Harun mengeluarkan duit dari bank 100,000 ringgit dan masukkan ke dalam briefcase.

Beliau pergi semula ke showroom BMW tersebut.

Walaupun tiada siapa melayan, beliau membuka briefcase dan menabur duit 100,000 ringgit atas meja.

Baru berebut salesman datang melayan beliau kerana Harun ingin membeli BMW E30 325iX secara tunai.

Sebenarnya rakan saya ini seorang yang kaya kerana telah menjual tanah (tapak Hilton KL sekarang) dengan harga 5 juta ringgit. Tanah tersebut diwarisi dari bapa beliau.

Beliau tidak bekerja dan setiap hari bermain badminton sahaja.

Moral of the story.

Kepada salesman semua, layan setiap customer sebagai potential client dan jangan pandang hina mereka yang berpakaian cumpang-camping dan tidak smart.

Banyak kes yang nampak berpakaian smart adalah mereka yang tak berduit tetapi berlakun kaya dan seorang scammer.

Ahaks.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

BACA: “Dia Datang Naik Myvi Je” – Pengajaran Dari Sebuah Kisah ‘Reunion’ Sekolah Dengan ‘Plot Twist’ Yang Tidak Dijangka