Kisah Ahli Politik Yang Tetap Dipilih Biarpun Bertanding Dari Dalam Kubur

Kisah Ahli Politik Yang Tetap Menang Biarpun Bertanding Dari Dalam Kubur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda dengar tentang kisah ahli politik yang bertanding dari dalam kubur, tetapi tetap dipilih untuk memimpin?

Berlaku di Deveselu, Romania, seorang ahli politik, Aliman Ion telah bertanding untuk jawatan Datuk Bandar dalam satu pilihan raya tempatan di Romania. Sikapnya yang sentiasa peka dengan keadaan rakyat menjadikan beliau berjaya memegang kawasan berkenaan selama dua penggal secara berturut.

BACA: Black Widow Luah Hasrat Mahu Bertanding Pilihan Raya Amerika Syarikat

Malangnya semasa berkempen untuk memegang tampuk pemerintahan semasa penggal ketiga, Ion dilaporkan telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan wabak COVID-19 pada 15 September lalu.

Disebabkan kertas undi sudah disiapkan lebih awal, maka nama beliau tetap tertera untuk diundi dalam kertas-kertas undian yang diedarkan. Dan selepas tamatnya proses pilihanraya, proses pengiraan undi membuktikan beliau berjaya mendapatkan sokongan 64% daripada jumlah undi.

Ini menunjukkan bahawa biarpun bertanding dari dalam kubur, Ion tetap mampu mengalahkan pesaing politiknya yang lain.

Selepas daripada diumum sebagai pemenang dalam pilihan raya tersebut, ramai pengundi hadir ke kuburnya dan menyalakan lilin sebagai tanda memperingati, menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat.

Funeral wreaths near the grave of late mayor Ion Aliman, in Deveselu
Sumber: Yahoo!

Menurut Reuters, untuk melantik pengganti Ion, satu pilihan raya baru akan dijalankan bagi menentukan pengganti Ion untuk penggal ketiga.

Mesti ramai yang pelik, mengapa pengundi tetap memilih Ion yang bertanding dari dalam kubur dan bukannya calon yang hidup dan masih sihat?

Ini kerana semasa hidupnya, Ion digambarkan sebagai seorang ahli politik  yang sentiasa memihak kepada orang awam dan sentiasa menghormati undang-undang.

Dan sebagai penghormatan, mereka tetap mengundi Ion yang masih ada dalam senarai pencalonan biarpun beliau sudah meninggal dunia.

Kisah Ahli Politik Yang Tetap Dipilih Biarpun Bertanding Dari Dalam Kubur 2
Sumber: Static

Untuk pengetahuan anda, Ion bukanlah satu-satunya calon yang bertanding dari dalam kubur.

Pada tahun 2008, ahli politik Voinesti, Neculai Ivascu telah dilantik sebagai Datuk Bandar biarpun belau sudah meninggal dunia akibat daripada penyakit hati yang dialaminya.