King Coco Calon Ketua Srikandi Parti Bersatu 1

King Coco Bertanding Sebagai Calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingat lagi dengan King Coco?

Politik tanah air belakangan ini nampaknya semakin dimeriahkan dengan beberapa ‘acara’ menarik antaranya peletakkan jawatan Tun Mahathir secara mengejut disusuli dengan perkenan YDPA melantik Muhyiddin Yassin sebagai pengganti beliau.

BACA: Muhyiddin Yassin Sah Diperkenan Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Kemudiannya rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah yang memasuki UMNO berbeza dengan ‘aliran fahaman’ politik Syed Saddiq.

King Coco Calon Ketua Srikandi Parti Bersatu
Sumber: Malay Mail

Terkini, satu poster tular sejak beberapa hari lalu di laman media sosial menjadi pertikaian netizen memaparkan seorang Instafamous, King Coco bakal bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.

Namun perkara ini tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana laman media sosial Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mengemaskini mengenai calon-calon yang bertanding.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail pernah tular sebelum ini kerana mempunyai slang yang unik hasil daripada mempunyai ‘lots of mix‘.

Terkini, media MStar melaporkan bahawa King Coco sudah disahkan sebagai Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai apabila memperoleh 62 undi dan berjaya menewaskan dua lagi calon hebat lain.

https://www.facebook.com/MediaBSKH/videos/621890865330379/?v=621890865330379

Terkejut dengan kemenangan itu, sebahagian besar netizen mengkritik kemenangan wanita berusia 22 tahun berkenaan kerana merasakan beliau tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan.

King Coco sebelum ini pernah melakukan pendedahan bahawa beliau banyak menerima tawaran untuk membintangi drama namun terpaksa menolak kerana watak yang kurang bersesuaian selain daripada mahu fokus kepada keluarga.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merupakan sebuah parti politik yang dipimpin oleh Tun Mahathir selaku Pengerusi Persatuan yang pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti pemerintah untuk kerajaan Persekutuan.