page

Kim Jong Kook Akan Jalani 391 Ujian Doping Demi Buktikan Badannya 100% Semula Jadi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi membuktikan badannya 100% semula jadi tanpa menggunakan bantuan steroid, selebriti Korea Selatan, Kim Jong Kook, 45 tahun bersedia untuk menjalani 391 ujian doping yang ada.

Demi Buktikan Badannya 100% Semula Jadi, Kim Jong Kook Akan Jalani 391 Ujian Doping Berbeza 4
Antara tangkap layar yang diambil daripada program realiti, ‘My Ugly Duckling’.

Biarpun proses ini akan memakan masa dan wang, Kim Jong Kook menjelaskan ia adalah penting bagi membuka mata orang ramai bahawa badan sepertinya boleh didapati dengan gaya hidup sihat dan aktif.

Membalas dakwaan ahli bina badan dan jurulatih dari Kanada,  Greg Douccette menyifatkan fizikal badannya Kim Jong Kook mustahil dicapai pada usia 45 tahun dengan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan semula jadi sehingga sanggup mempertaruhkan USD1 juta bahawa beliau telah menyalahgunakan steroid.

Demi Buktikan Badannya 100% Semula Jadi, Kim Jong Kook Akan Jalani 391 Ujian Doping Berbeza 3
Sumber: YouTube 김종국 Gym Jong Kook

Sebagai respon kepada dakwaan Greg, Kim Jong Kook dalam beberapa hantaran di YouTubenya 김종국 GYM JONG KOOK memerli Greg dengan gayanya yang tersendiri.

“Kita perlu menunjukkan bahawa mustahil tanpa dadah di bandar itu adalah berbeza di Korea. Semua orang melakukan sesuatu yang kelakar.

Saya tidak perlukan 1 juta, cuma… Dia akan menjadi sangat malu. Saya risau.”

Menurut Kim Jong Kook, ini adalah kali pertama dalam hidupnya beliau menghadapi isu yang ‘menarik dan mengujakan’.

BACA: Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Peminat Sebak

Biasanya beliau hanya akan tertawa apabila dakwaan ini dilontarkan, namun selepas menjadi perhatian media, bagi beliau ini adalah peluang yang boleh digunakan untuk mempromosikan berkenaan dengan tahap  dan perkembangan kesihatan serta kecergasan di Korea Selatan.

Demi Buktikan Badannya 100% Semula Jadi, Kim Jong Kook Akan Jalani 391 Ujian Doping Berbeza 1
Sumber: YouTube 김종국 Gym Jong Kook

“Beliau kata tiada cara untuk membuktikan saya gunakan dadah dan apa salahnya menggunakannya, adakah ia dibenarkan? Secara tiba-tiba? Kelakar dan tak masuk akal. Jika dadah dibenarkan, ia tetap salah untuk saya yang membenci dadah. Dadah hanya okey dah sah digunakan jika menerima preskripsi daripada doktor untuk kesihatan dan kebahagiaan diri yang lebih baik.

Tetapi jika Kim Jong Kook berbuat demikian, ia adalah satu kesilapanan besar. 27 tahun hidup sebagai selebriti dan penyanyi pop, saya membuka saluran ini untuk berkongsi kehidupan bersenam dan membantu orang ramai untuk kehidupan yang lebih sihat dengan harapan sambil melihat bukti pada saya.”