Trump Kit Ujian

Kilang Terpaksa Buang Semua Kit Ujian Swab COVID-19 Selepas Trump Datang Melawat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah kilang pembuatan ujian swab koronavirus terpaksa menaggung kerugian selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melakukan lawatan tanpa memakai topeng muka dan pakaian pelindung diri (PPE).

Produk Perubatan Puritan di Gulford, Maine, terpaksa membuang kit ujian swab COVID-19 yang dihasilkannya selepas kunjungan Trump pada Jumaat.

Tidak cukup dengan itu pemimpin nombor satu Amerika Syarikat itu turut dilihat ‘mencuba’ dengan memasukkan swab berkenaan ke dalam hidungnya.

Semasa kunjungan itu dia berkata,“Saya tidak patut beritahu kamu mengenai perkara ini, tetapi saya menggunakannya setiap hari.”

Kilang tersebut tidak mendedahkan berapa banyak kit yang dibuang kerana bimbang peralatan itu mungkin tercemar. Namun jurucakap Puritan memberitahu USA Today bahawa kilang tersebut menghasilkan pengeluaran terhad pada Sabtu.

Puritan adalah salah satu pengeluar peralatan ujian koronavirus terkemuka di dunia dan akan membuka kilang yang diperluas bulan depan bagi membolehkannya menghasilkan 45 juta kit tersebut setiap bulan.

Trump Kit Ujian
Sumber: BusinessInsider

Dalam perkembangan berkaitan, sejumlah 691 orang di AS menjadi mangsa korban COVID-19 dalam tempoh 24 jam, angka terendah direkodkan minggu ini, menurut laporan Johns Hopkins University.

Sebanyak 110,482 kematian keseluruhan dengan 1,938,842 kes jangkitan dilaporkan di negara berkenaan, mengikut kiraan dikendalikan oleh universiti yang berpusat di Baltimore itu semalam. Kedua-dua jumlah kes dan kematian itu adalah tertinggi di dunia.

Sebelum ini AS mencatatkan angka kematian 3,000 sehari pada pertengahan April alu dan menurun kepada 1,000 kematian dengan 20,000 kes baharu dilaporkan.

Namun pakar kesihatan profesional bimbang demonstrasi besar-besaran terhadap kekejaman polis dan perkauman yang berlaku di seluruh AS boleh menyebabkan lonjakan jangkitan baharu dalam beberapa minggu akan datang.

Demonstrasi bersambung di seluruh AS hari ini termasuk di Washington, New York dan Winter Park, Florida dengan penunjuk perasaan mula memberi tumpuan terhadap kemarahan awal bagi menuntut reformasi polis dan keadilan sosial akibat kematian Floyd.

Pendekatan sukar Trump untuk menghentikan demonstrasi terus meraih kritikan luar biasa daripada pesara tentera, kumpulan yang biasanya tidak gemar mengkritik pemimpin awam.

Sumber: Complex