
Kilang Petrokimia Kompleks Bersepadu Pengerang Meletup, Dua Orang Awam Cedera
Sebuah kilang petrokimia Rapid bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.25 pagi tadi.
BACA: Sungai Kim Kim: TMJ Salahkan Bekas MB Johor Jadikan Pasir Gudang Sebagai Kawasan Perindustrian
Video kebakaran kilang yang sempat dirakam oleh orang awam tular di laman media sosial dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dirasai sehingga ke kawasan Pasir Gudang. Malah ada yang mendakwa merasakan gegaran sehingga ke Singapura!
Kilang tersebut merupakan salah satu daripada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Dengan bantuan daripada pasukan Emergency Respon Team (ERT) Petronas Rapid Pengerang, api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian.
Dua orang mangsa dilaporkan cedera dan sedang dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar.
Punca kejadian letupan ini masih lagi dalam siasatan pihak Jawatankuasa Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (JAKKSAS) Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan Pengurusan Keselamatan Petronas Rapid Pengerang.
Johor pada pertengahan Mac 2019 berdepan krisis pencemaran sungai yang digelar sebagai Sungai Kim Kim.
Berikutan tragedi Sungai Kim Kim, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan bekas menteri besar Johor kerana membenarkan Pasir Gudang dijadikan sebagai kawasan perindustrian tanpa berunding dengan Sultan terlebih dahulu.
Natijah kepada kebenaran tersebut, sungai di Pasir Gudang tercemar dengan bahan kimia metana seluas 15 kilometer. sehingga menyebabkan semua sekolah (111 buah) ditutup serta merta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sumber: Astro Awani