Kiasan Dalam Pantun Lambang Kesantunan Masyarakat Dahulu Berbahasa 3

Kiasan Dalam Pantun Lambang Kesantunan Masyarakat Dahulu Berbahasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemilihan dan penggunaan bentuk kata dalam pantun amat berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa menggunakan kiasan dalam memperkatakan sesuatu.

Pantun digunakan dalam mengungkap pelbagai aspek antaranya nilai masyarakat, adat, budaya, nilai ekonomi dan sebagainya dengan penggunaan bahasa tinggi yang bernilai sastera.

Penggunaan bahasa kiasan bukan sahaja menjadi tanda kesantunan masyarakat Melayu berbahasa dalam berkomunikasi, tetapi juga menjadi lambang yang mencerminkan pemikiran untuk mengungkapkan aspek kehidupan.

Selari dengan tugasnya sebagai badan yang bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, Dewan Bahasa dan Pustaka belakangan ini sudah kembali aktif ‘memandaikan’ masyarakat dengan membuat hantaran-hantaran berkenaan pantun, peribahasa istilah-istilah Bahasa Melayu dan sebagainya.

https://www.facebook.com/DBPMalaysia/posts/4450559288348338?__cft__[0]=AZWC_B7NOHBqcV5mB5zev5AubxqDc1qHbkEntRYqvLoyjAiFDmyrYGY794sCw9Mvcisatl17TqNPBrZq9vSvr58zqDVWcp7fwJfw9WADsehuMgdIxGaJNOklLxL4kQpEHWjbqE8EhTA6C2xFIjUYyV8aEZ40SsNGDoT-Ci2GxP7hp259IVeG2aA0nl3Pl3ocU3c&__tn__=%2CO%2CP-R

Yang terbaharu, pantun klasik berkaitan ‘isteri cantik’ dan ‘menumbuk sambal’ menjadi perhatian netizen kerana dikatakan seakan-akan memperlekehkan kaum wanita.

Kiasan Dalam Pantun Lambang Kesantunan Masyarakat Dahulu Berbahasa 1

Ramai yang ‘tersinggung’ telah mengkritik DBP kerana mendidik masyarakat dengan cara yang tidak kena. Sedangkan pantun tersebut sudah diterbitkan sejak 1990 lagi dalam buku Kurik Kundi Merah Saga.

Ada apa sampai ramai yang triggered dengan pantun ini?

Secara pemahaman langsungnya, pantun tersebut membawa maksud ‘tiada guna mempunyai isteri yang cantik sekiranya tidak pandai masak’.

BACA: Media Sosial Punca Bahasa Kebangsaan Berdepan Cabaran Besar – DBP

Disalah anggap membawa unsur misogini; kebencian atau tidak suka terhadap kaum perempuan, ramai yang mempersoalkan adakah tugas wanita hanya menumbuk sambal?

Ramai yang salah anggap mengenai perkara ini. Menurut tangkap layar yang dikongsi seorang pengguna TWitter dari seorang peguam yang juga penulis, Nisah Haron, pantun tersebut secara dalamnya adalah berkisarkan mengenai hal-hal sulit yang tidak dibincangkan secara terbuka.

Disebabkan orang dahulu yang halus budi bahasanya dan tidak bercakap secara terus, pantun berkenaan membawa maksud mengenai suami yang tidak pandai melayan isteri secara batin – ‘apa gunanya beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk sambal’.

Selain daripada itu, ianya lebih kepada soal tanggungjawab suami kepada isterinya. Hubungan tersebut perlulah bersifat dua hala dan tanggungjawab suamilah dalam memastikan kerukunannya.

Kiasan Dalam Pantun Lambang Kesantunan Masyarakat Dahulu Berbahasa
Sumber: @iniAlannn

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, DBP Mariati Josepha Mustafa dalam temu bual bersama Berita Harian,pantun berkenaan adalah sebahagian pantun klasik yang sudah dikenali sejak sekian lama di alam Melayu, dikumpulkan secara sistematik dari seluruh negara dengan mengambil masa selama lima tahun.

Ianya dicipta sudah sekian lama dan membawa kepada citra pemikiran masyarakat ketika itu.

Pantun yang menjadi lisan kesusasteraan Melayu masih lagi relevan sehingga ke hari ini perlu difahami falsafah dan pemikiran di sebaliknya yang mendidik masyarakat untuk berbahasa dengan indah, berkias dan sopan sesuai dengan adab orang Melayu yang mementingkan kesopanan.