
Khutbah Jumaat JAWI Siap Promo Produk Kedai Emas Dan Tawar Hadiah Istimewa?
Orang ramai yang menghadiri solat Jumaat di sekitar Kuala Lumpur pada hari ini sedikit terkejut ketika mendengar khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Ini berikutan terdapatnya elemen-elemen promosi produk sebuah kedai emas tersohor yang menjalankan Kempen Zakat Emas bersama Pusat Pungutan Zakat-MAIWP yang dilihat agak keterlaluan.
Abu Hafiz Salleh Hudin yang tidak bersetuju dengan cara membuat promosi di atas mimbar berkenaan kemudiannya memuat naik hantaran berikut di Facebooknya:
Ini adalah potongan teks Khutbah Jumaat JAWI Wilayah Persekutuan hari ini.
Saya fikir, amatlah tidak sesuai diletakkan kempen promosi kerjasama dengan syarikat swasta dalam Khutbah Jumaat dan di atas minbar.
Adakah selepas ini, mana-mana syarikat swasta lain yang bekerjasama dan diberikan ruang promosi dalam Khutbah Jumaat dan mimbar masjid?!
Tidak salah kerjasama tapi tidaklah sehingga menjadi isi khutbah dan promosi diatas mimbar.
Benarlah mengapa Baginda Rasul SAW melarang sebarang proses jual beli didalam masjid.
——
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar perbuatan JAWI tersebut.
“Betul apa tuan kata.. saya pun terfikir juga tadi semasa mendengar khutbah. It is too specific. Not fair to others.” – Syed Niyaz
“…tak memasal khutbah dah macam salesman? 🤭” – Daniel Libeskindd
“Tempoh yang sangat terhad tapi digunakan peluang khutbah untuk bercerita tentang kempen-kempen dan program JAWI…harap gunakan peluang khutbah untuk tegaskan kepentingan tauhid” – Abu Ali
“Nie khutbah ke iklan?” – Arbaq Mohd Yassin
“Khatib dapat profit sharing tak?” – Khairul Hizad
BACA: Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Rupanya Tertidur Masa Khutbah Jumaat
Sumber: Abu Hafiz Salleh Hudin