India Sekat Aplikasi China

Khuatir Gugat Keselamatan Negara, India Mahu Sekat 53 Aplikasi Dari China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Makanan dan minuman yang ada promosi dan percuma siapa tidak mahu kan? Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sukakan apa sahaja promosi, pasti beratur panjang untuk tidak melepaskan peluang.

Di sini kami senaraikan makanan dan minuman yang mengadakan promosi mengikut hari pada harga luar biasa. Jadi, jika teringin nak makan atau minum antara menu yang disenaraikan ini, ikutlah hari istimewa mereka.

menu promosi harian

Isnin

1. Awesome Mondays @ Texas Chicken

menu promosi harian
Sumber: Texas Chicken

Boleh dapatkan 5 ketul ayam Texas Chicken pada harga RM16.99! Tawaran tidak sah pada hari Isnin cuti am, sebarang kupon atau promosi lain. Sah di semua cawangan restoran Texas Chicken di Malaysia.

2. Secret Monday @ Secret Recipe

menu promosi harian
Sumber: Secret Recipe

Bukan sahaja hidangan keknya yang digemari rakyat Malaysia, malah makanan hidangan set lengkap Secret Recipe juga lazat. Anda boleh nikmati hidangan beli satu percuma satu pada waktu makan malam bermula 6 petang.

3. Monday Brews @ Tealive

menu promosi harian
Sumber: Syioknya

Hilangkan mood monday blues anda dengan menikmati apa sahaja minuman kopi sama ada sejuk atau panas pada harga RM5! Promosi ini terbuka kepada semua cawangan kecuali:

  • Shell/Caltex/Petronas Petrol Stations
  • AEON Delica
    – Kota Bharu
    – Wangsa Maju
    – AU2
    – Taman Universiti JB
    – Kulaijaya

Selasa

1. KFC Chicken Tuesday

menu promosi harian
Sumber: KFC Malaysia

Masa inilah anda dapat menikamti kerangupan 4 ketul ayam, 5 ketul crispy tenders pada harga RM19.90! Mana nak dapat 9 ketul ayam KFC dengan harga bawah RM20 kan? Jangan lupa ajak kawan dan keluarga menikmati hidangan ini setiap hari Selasa.

2. Super Tuesday @ Domino’s Pizza

menu promosi harian
Sumber: Foodie

Dapatkan piza kegemaran anda dan Banana Kaya (6′) pada harga RM3.70. Juga dapat menikmati Pulled-Beef dan Pulled-Chicken Personal Pizza dengan bayaran tambahan RM2.20. Untuk mendapatkan harga promosi ini, buat pesanan secara atas talian di laman Domino’s dan ambil piza pesanan anda di cawangan yang terdekat.

Rabu

1. Pink Day @ Baskin Robbins

menu promosi harian
Sumber: Foodie

Jika anda memakai pakaian berwarna merah jambu pada hari Rabu, boleh dapatkan aiskrim Baskin Robbins pada harga istimewa untuk Double Junior scope atau upgrade kepada waffle cone. Tidak cukup untuk dua promosi itu, boleh ambil Triple Junior waffle cone pada potongan harga sebanyak RM5.90.

2. Wellness-Day @ llaollao

menu promosi harian
Sumber: Harga Runtuh

Aiskrim yogurt bersama pelbagai toping menarik jenama llaollao semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa yang membuatkan aiskrim ini lagi menarik, anda boleh menikmatinya pada potongan harga setiap hari Rabu.

Potongan harga sebanyak 11% pada minggu pertama dan keempat hari Rabu, 22% pada minggu kedua dan 33% pada minggu ketiga setiap bulan. Tawaran ini hanya untuk saiz hidangan Medium, Large dan Sanum.

Puasa nanti, tak dapat nak cuba semua promosi di atas tapi boleh cuba masak resipi unik ini. Tonton

5 resipi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/368615117260664/