Khidmat Tentera Mungkin Akan Digunakan Jika Orang Ramai Masih Ingkar – Menteri Pertahanan

Kerajaan mungkin terpaksa menggunakan khidmat tentera bagi mengawal pergerakan orang ramai.

Walaupun Perintah Kawalan Keselamatan sudah dikuat kuasa pada tengah malam 18 Mac lalu oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai langkah drastik bagi membendung wabak COVID-19, masih ramai yang ingkar mematuhinya.

Ramai daripada rakyat Malaysia yang ‘memanfaatkan’ perintah ini dengan pulang ke kampung walaupun sudah menerima arahan bahawa tetap duduk di rumah masing-masing.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan

Berikutan dengan kedegilan yang ditunjukkan rakyat Malaysia sekalian, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa sepanjang tempoh ini berlangsung menerusi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Malah berkemungkinan besar kerajaan akan menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Menteri Kanan Kabinet 2020
Sumber: FMT

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, jika keadaan memerlukan, perkhidmatan anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung, manakala di bandar pula akan menggunakan perkhidmatan polis.

Sekatan jalan raya akan dilakukan sebagai usaha membendung pergerakan orang ramai yang setakat ini tahap pematuhan rayat hanya sekitar 60% selain daripada tindakan lebih tegas akan dikenakan.

BACA: ‘LockDown’: Ini Yang Akan Berlaku Jika Sebuah Negara Kuat Kuasa Perintah Berkurung

Menurut Perdana Menteri, sekiranya orang ramai masih berdegil, kemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan ini terpaksa dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bagi memecahkan rantaian jangkitan COVID-19 yang kini sudah mencatatkan sebanyak 790 kes di Malaysia.

Buat yang tak berkesempatan nak tengok perutusan Perdana Menteri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semalam.Dengar dan hadam.#StayAtHome #JanganDegil #PerintahKawalanPergerakan——-Follow ODISI di –>>Instagram: http://bit.ly/IGODISITwitter: http://bit.ly/TwitterODISIYouTube: http://bit.ly/YTODISI

Posted by ODISI on Wednesday, March 18, 2020

Sumber: Berita Harian, Harian Metro, Astro Awani