Khasiat Durian

Khasiat Durian Untuk Anak-Anak Kecil

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dr Mazliana Mazlan telah membuat satu lagi perkongsian mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga di Facebooknya.

Kali ini, Dr Mazliana telah membuat satu hantaran yang mengajak orang ramai untuk berkongsi khasiat memakan durian bersama keluarga dan anak-anak mereka.

Sebenarnya, ada banyak khasiat durian yang kita tak tahu. Lepas baca perkongsian Dr Mazliana ini, pasti ramai yang lebih suka makan durian.

Durian tak ada kolestrol. Untuk ibu yang menyusu pun, durian adalah sangat elok untuk dimakan.

Nak tahu lagi khasiatnya untuk keluarga anda? Jom baca lagi perkongsian dari Dr Mazliana ini.

1 Khasiat Durian

Durian boleh bantu stabilkan mood dan mudahkan anak tidur tau.

Musim durian kan sekarang.

Jomlah kenalkan durian dengan anak-anak.

Dalam durian ada tryptophan. Penting untuk beberapa fungsi utama dalam badan.

Waktu proses penghadaman berlaku, tryptophan akan bertukar kepada serotonin, yang mana akan bantu stabilkan mood dan tenangkan perasaan kita.

Tryptophan juga ditukarkan kepada melatonin. Hormon penting untuk kawal tidur dan buatkan kita cepat mengantuk.

Korang perasan tak, kalau ibu menyusu makan durian, mesti meriah kan susu. Sebab terlebih gembira lah tu, hormon serotonin beriya keluar. Ibu happy, susu pun banyak, anak pun seronok.

Durian tinggi dengan lemak baik jugak tau. Lemak tak tepu yang bagus untuk jantung dan saluran darah. Durian takde kolesterol ya, betulkan salah faham kita. Tumbuhan tak pernah ada kolesterol pun.

Durian pun bagus untuk imuniti anak. Ada kandungan vitamin C dan antioksida, bagus untuk lawan radikal bebas dan bantu support imuniti melawan jangkitan bakteria dan virus.

Cuma durian ni, tinggi gula semulajadi. Yang ada kencing manis, stabilkan dulu kencing manis sampai dah tak perlu makan ubat, barulah boleh cari durian nanti.

Durian jugak ada kandungan sulfur. Yang mana bukan semua sesuai makan durian.

Kembung perut.

Muntah.

Serangan asthma.

Sakit kepala.

Gatal-gatal.

Kalau korang ada simptom ni bila makan durian, elakkan dulu durian okey.

Betulkan perut. Tinggalkan makanan proses, banyakkan ambil real food. Ambil banyak makanan tinggi vitamin C dan antioksida yang lain.

Yang takde masalah macam ni, teruslah makan dengan senang hati. Tak selalu kan dapat nikmat makan durian. Ajar anak makan sekali tau.

Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dan kurangkan proses food pada anak-anak dan keluarga.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak okey.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat

BACA: Bukan Sekadar Petua Orang Lama, Ini Penjelasan Dari Sudut Sains Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan