Khalid Samad Tak Setuju Gaji Dan Elaun Menteri Dipotong, Sifatkan Ia Sebagai Tiada Keperluan

Minggu lalu kecoh mengenai penarikan kembali elaun kritikal pada  pekerja perkhidmatan awam dalam beberapa sektor terbabit yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

BACA: Elaun Kritikal Mansuh Kerana Tak Tepati Kriteria Tertentu – JPA

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, elaun kritikal yang diperkenalkan pada 1992 boleh ditarik pada bila-bila masa mengikut kepada keperluan semasa.

BACA: Elaun Kritikal Mansuh Kerana Tak Tepati Kriteria Tertentu – JPA

Susulan daripada penarikan tersebut, Syed Saddiq telah mengumumkan bahawa beliau akan memulangkan semula elaun percutian yang diterima selain daripada bakal memastikan elaun lain yang diterima menteri turut dikurangkan.

BACA: Pulang Semula Elaun Percutian, Lihat Senarai Pendapatan Menteri Malaysia Selain Syed Saddiq

Mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir bersetuju untuk menangguhkan pekeliling bagi menangguhkan elaun tersebut daripada dilaksanakan.

Khalid Samad Tak Setuju Elaun Menteri Dipotong 1

Usul pemotongan elaun menteri menerima sambutan baik daripada beberapa orang menteri termasuklah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Namun usul ini mendapat tentangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad yang menyifatkan ianya sebagai tiada keperluan.

Kata beliau, gaji yang diperoleh menteri pada ketika ini sudah memadai walaupun jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan menteri semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Sejak hari pertama dilantik menteri, elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya. Kalau dulu, elaun dan gaji ahli Parlimen turut dinikmati oleh menteri.

Malah elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400 sehari.”

Tambah beliau, gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Amanah akan dipotong sehingga 30% bagi dimasukkan ke dalam akaun Parti Amanah Negara (Amanah).

BACA: Tawaran Belian Tanah Kampung Baru Oleh Kerajaan Masih Dibawah Harga Pasaran?

Khalid turut mencadangkan kepada kerajaan agar setiap Kertas Kabinet yang diedarkan dan dikemukakan pada hari berkenaan tidak boleh diluluskan segera sebaliknya perlu diteliti sehinggalah ke muka surat akhir walaupun adanya nota rujukan.

Sumber: Sinar Harian