Khalid Samad Bakal Saman Najib Razak Lebih RM10 Juta

Sumber: Malaysia Gazette

Khalid Samad bakal saman Najib Razak.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad dikatakan bakal mengambil tindakan menyaman individu yang mengatakan beliau menuduh Agong sebagai rasis dalam melakukan keputusan pemilihan Perdana Menteri.

BACA: Khalid Samad Tak Setuju Gaji Dan Elaun Menteri Dipotong, Sifatkan Ia Sebagai Tiada Keperluan

Individu berkenaan adalah bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Khalid Samad Saman Najib Razak

Menyifatkan tuduhan berkenaan adalah serius, Khalid Samad dengan serius menafikan tuduhan berkenaan langsung tidak keluar daripada mulutnya.

Jadi Khalid Samad bakal saman Najib Razak dengan nilai lebih RM10 juta.

“Jika benar saya menuduh Yang di-Pertuan Agong rasis, buktikan mana yang saya cakap? Saya mengambil tindakan saman kerana ini isu besar.”

Menjawab kepada tindakan Khalid Saman bakal menyaman beliau, Najib Razak dalam hantaran terbaharu di Facebook memuat naik satu klip video ucapan Khalid dan menyuruh pengikut menilai sendiri adakah beliau menuduh atau tidak.

Kawan-kawan, tolong dengar klip pendek ucapan Lid ini.Adakah dia sudah tuduh YDP bertindak rasis apabila dia tuduh YDP…

Posted by Najib Razak on Sunday, March 8, 2020

Terdahulu, Khalid Samad pernah berdepan kritikan pelbagai pihak berkenaan dengan isu tanah Kampung Baru untuk pembangunan semula yang pada awalnya kerajaan hanya menawarkan harga pembelian maksimum pada kadar RM850 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik atau pewaris tanah, namun kadar ini telah dinaikkan sehingga RM1,000.

BACA: Isu Tanah Kampung Baru, Kerajaan Yakin Pelan Pembangunan Akan Dimuktamad Jun Ini

Sumber: Harian Metro