
Khairy Jamaluddin ‘Pakyu’ Bung Moktar
Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini telah mengungkapkan ketidakpuasan hatinya terhadap Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.
Menurut Khairy, Bung Mokhtar merupakan penghalang terhadap pelaksanaan dasar-dasar yang dia ingin laksanakan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada bahaya merokok.
Artikel berkaitan:
-
Khairy Jamaluddin: Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang
-
Industri Vape Bernilai RM2.27 Bilion Bakal Pupus, 3,000 Usahawan Bumiputera Dijangka Terjejas
-
Tak Setuju Haramkan Vape, 600,000 Tandatangan Berjaya Dikumpul Untuk Bantah GEG
Dia juga melabelkan ahli parlimen Kinabatangan sebagai penentang terhadap kesihatan dan mengecamnya dengan kata-kata keras seperti ‘pakyu’.
“Dia musuh kepada kesihatan awam. Melawan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal produk tembakau. Menentang saya semasa saya berkhidmat sebagai Menteri. Masih melawan hingga kini.
“Mungkin dia beranggapan rokok tidak menyebabkan kanser. Pakyu Mokhtar Radin. Nasib baik Sabah tidak jatuh ke tanganmu,” katanya dalam satu Instastory sambil menunjukkan gambar Bung Mokhtar.
Kata ‘pakyu’ yang digunakan Khairy terhadap Bung Mokhtar tentunya membawa maksud yang tidak baik.
Dalam Instastory tersebut juga, Khairy menyeru supaya kerajaan segera meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan untuk memerangi tabiat merokok dan mengurangkan kematian akibat merokok.
Ketidakpuasan hati ini diketahui mula timbul apabila usaha Khairy untuk meluluskan RUU ini digagalkan oleh Bung.
Pengaruh Bung di Kinabatangan juga menentang usaha Menteri Kesihatan sekarang, Dr Zaliha Mustafa untuk meluluskan RUU tersebut.
Bung Moktar sebelum ini telah mengutarakan bahawa kerajaan perlu lebih mementingkan kesihatan awam daripada memerangi tabiat merokok.
Dia menggesa Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh negara dan bukannya fokus pada “rokok dan macam-macam perkara” yang dianggapnya tidak penting.