
Khabib Ubah Gudang Arak Jadi Akademi MMA Terbesar Di Dagestan
Sebut sahaja Khabib, yang terbayang di fikiran adalah seorang bintang seni bela campuran (MMA) yang patuh pada agamanya sehingga pernah mencetuskan kontroversi gara-gara mempertahankan Islam daripada dicerca McGregor.
BACA: McGregor Ajak Khabib Bertarung Semula, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah
Walaupun merupakan atlet yang menerima bayaran tertinggi daripada UFC, ianya tetap tidak menjadi alasan untuk beliau bersikap meninggi diri.
Memilih untuk menjalani kehidupan biasa, Khabib banyak melakukan kerja amal antaranya membina perigi air di kawasan pedalaman Nigeria bagi memudahkan penduduk tempatan di sana mendapatkan akses air bersih.
https://www.instagram.com/p/BqJyrYinetW/
Yang terbaharu, beliau dikhabarkan membeli sebuah gudang yang pernah menjadi stor simpanan arak di ibu negeri Dagestan, Makhachkala dan mengubahnya menjadi akademi MMA.
Masih dalam proses pengubahsuaian, akademi tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik solat, ruang latihan, sauna, bilik belajar, pejabat serta asrama pelatih.
Mampu menembatkan sehingga 60 pelatih dalam satu masa, akademi yang diuruskan oleh bapa beliau, Abdulmanap yang melahirkan puluhan atlet MMA hebat berharap agar kemudahan yang disediakan mereka ini menjadi penanda aras kepada gim di bandar-bandar seluruh Rusia.
Menerima pelatih seawal usia enam tahun, akademi ini bukannya seperti gim biasa tetapi lebih kepada sekolah yang akan melatih anak-anak penghantarnya menjadi lelaki yang mampu mempertahankan negara di masa akan datang.
Beliau yang juga jurulatih Khabib memberitahu, beliau akan bertugas sebagai tenaga pengajar di sana selama tiga tahun sebelum bertindak sebagai penasihat akademi.
Sumber: Low Kick MMA, Sinar Harian
Pembongkaran lokasi rahsia kota London oleh pengarah Last Christmas.
LAST CHRISTMAS | Dari Pengarah Paul Feig
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.