Khabib Atlet Termahal UFC

Khabib Nurmagomedov Atlet Tertinggi Dibayar UFC

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja Khabib Nurmagomedov, siapa yang tidak kenal dengan atlet seni bela diri campuran (MMA) ini bukan?

BACA: McGregor Ajak Khabib Bertarung Semula, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah

Baru sahaja memperbaharui kontraknya bersama UFC, Khabib merupakan atlet yang menerima bayaran paling tinggi bagi kemunculannya di UFC 242 pada September akan datang. Menurut pengurus kepada bintang itu, mereka berpuas hati dengan tawaran daripada UFC yang dikatakan sebagai adil dan telus.

Menyifatkan rundingan kontrak tersebut sebagai yang paling besar dalam sejarah UFC, Khabib memberitahu media bahawa dia akan mempertahankan kejuaraan lightweight yang disandang dengan juara lightweight interim, Sustin Poirier pada acara yang akan berlangsung 7 September akan datang di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

 

Khabib Atlet Termahal UFC 1

Khabib yang sedang berehat daripada sebarang aksi pertarungan MMA selain daripada digantung susulan pergaduhannya dengan McGregor Oktober lalu menerima bayaran tertinggi kerana beliau merupakan petarung yang tidak pernah kalah dalam pertandingan, boleh menguasai lawan dan bersih daripada kontrovesi dadah.

Sumber: Astro Awani

Shadows Die Twice.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.