
Khabib Hanya Akan Bertarung Semula Dengan McGregor Jika UFC Setuju Bayar RM407 Juta
Khabib hanya akan bertarung semula dengan McGregor sekiranya UFC setuju untuk membayar beliau sebanyak RM407 juta.
Ajakan Conor McGregor untuk bertarung semula dengan Khabib Nurmagomedov Mac tahun lalu berkemungkinan akan ditunaikan dalam tempoh masa terdekat. Itu pun sekiranya UFC bersetuju dengan permintaan Khabib yang mahu dibayar USD100 juta bersamaan dengan nilai sekitar RM406.6 juta.
BACA: McGregor Ajak Khabib Bertarung Semula, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah
Menurut bapa yang juga jurulatih Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, Khabib hanya akan bertarung sekiranya menerima bayaran tersebut dan beliau layak menerima bayaran sebanyak itu untuk perlawanan semula dengan McGregor.
Pertarungan semula antara Khabib dan McGregor merupakan perlawanan yang paling dinanti terutamanya buat peminat sukan seni bela diri (MMA) selepas kontroversi yang melanda keduanya semasa pertembungan pertama di UFC 229.

BACA: McGregor Umum Bersara Dari MMA
McGregor kemudiannya mengumumkan persaraannya daripada MMA dan tiba-tiba memuat naik satu hantaran gambar ‘badan baharu’nya di Instagram sebagai pengumuman masuk kembali ke arena gelanggang.
Pertembungan antara Conor McGregor dengan Khabib Nurmagomedov merupakan antara perlawanan yang besar dalam sejarah UFC. McGregor yang terkenal dengan pertuturan berunsurkan provokasi telah meminta untuk bertarung semula dengan Khabib.
Memberitahu media bahawa kekalahannya di UFC 229 itu adalah berpunca daripada kekurangan motivasi diri, McGregor mahu menuntut semula ‘haknya’ dalam perlawanan semula antara mereka setelah beberapa bulan mencari jawapan.
Beliau yang mahukan peluang untuk memperbaiki kembali kekalahannya yang ‘dibantai’ teruk oleh Khabib.
Sumber: Talk Sport
Trending now



