KFC Arabian Spice Crunch

KFC Lancar Arabian Spice Crunch, Rasa Eksotik Dari Timur Tengah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

KFC menambah keseronokan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya pada tahun ini dengan hidangan sedap menjilat jari ala Arab!

Bersiap sedia untuk menikmati rasa baharu dicipta menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat dengan KFC Arabian Spice Crunch yang baru.

KFC Arabian Spice Crunch

Arabian Spice Crunch membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy signature mereka.

Nikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) dan pasti memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.

Bermula RM17.49, KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh
negara bermula 16 Mac.

Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

KFC juga memperkenalkan KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu yang juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadhan & Raya anda.

KFC

Tambahan lagi, untuk kesenangan anda semasa bulan Ramadhan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh Tarik yang baharu dilancarkan.

kfc

Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara!

BACA: 5 Resipi Biskut Raya Moden, Pejam Mata Pun Boleh Buat!