Khabib Anggap Ring Girl Tak Berguna Dalam MMA

Ketua ‘Ring Girl’ Bidas Kenyataan Khabib Anggap Mereka Tak Berguna Dalam MMA

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Legenda Mixed Martial Arts (MMA), Khabib Nurmagomedov bukan sahaja terkenal dengan mencipta rekod bertarung tanpa kalah, malah beliau juga cukup lantang menyuarakan pendapatnya.

Perilakunya yang sentiasa mengingatkan orang ramai kepada Tuhan Yang Maha Satu menjadi sebutan ramai terutamanya di negara majoriti penduduk Muslim.

Beliau yang kini sudah bergelar seorang jurulatih dan menjadi mentor kepada beberapa muka baharu dalam sukan tersebut mencuri perhatian ramai sekali lagi dengan pandangannya.

Dalam satu sidang media mempromosikan Eagle Fighting Championship di Moscow, bekas juara UFC itu meluahkan pendapatnya tentang keperluan seorang ring girl dalam sukan seni mempertahankan diri.

Khabib Anggap Ring Girl Tak Berguna Dalam MMA

Kata Khabib, fungsi ring girl atau gadis gelanggang oktagon adalah paling tidak berguna dalam MMA dan hanyalah berbentuk hiburan.

“Lihat, saya tidak mahu kecilkan hati sesiapa, ring girl adalah sesuatu yang tidak diperlukan dalam sukan seni mempertahankan diri.

“Apa fungsi mereka? Saya ingin tanya. Anda tunjukkan pada pusingan kedua di skrin.

“Terdapat orang yang faham seni bela diri dan mereka (ring girl) ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya.

“Saya tidak akan memaksa anda, kalian ada pandangan sendiri. Pada pandangan saya, mereka tidak diperlukan. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

“Adakah mereka yang memajukan sukan ini? Atau mereka membantu orang melihat pada pusingan kedua? Apa yang mereka lakukan? Bagi tahu saya,” ujarnya.

Untuk rekod, sejak kejohanan MMA dilangsungkan tradisi wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia.

Namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut mula dipersoalkan dan ramai menganggap ia sudah ketinggalan zaman.

Khabib Anggap Ring Girl Tak Berguna Dalam MMA
Sumber: Sport Photographer

“Saya sedar bahawa itu adalah sebahagian daripada sejarah tradisi. Namun dari sejarah juga kita belajar tentang kesilapan.

“Kita membaca sejarah untuk mengelakkan kesilapan masa lalu pada masa depan.

“Sekiranya kita melihat dalam sejarah, ia mengatakan bahawa mereka adalah tidak ada fungsi pun. Itu adalah pendapat peribadi saya.

Khabib menceritakan ia pengalaman tidak selesa ketika menonton bersama arwah bapanya, apabila ring girl menonjolkan diri pada pusingan kedua sukan itu.

“Saya tidak menentangnya, sekiranya kamu mahu, kamu boleh. Tetapi jangan memaksa saya. Ini pandangan peribadi saya,” tegasnya.

Respon ketua ring girl

Kenyataan Khabib dibidas Ketua Persatuan Gadis Gelanggang Profesional Project Hollywood.

Daria Shovkoplyas mengatakan bahawa ring girl adalah elemen penting dalam sukan tempur termasuk tinju.

Ujarnya, keperluan ring girl dalam sukan tersebut untuk mengalih tumpuan penonton agar ada tempoh bertenang selepas menyaksikan aksi sarat dengan keganasan sepanjang pusingan.

“Ini adalah salah satu elemen pertunjukkan, sebab pertarungan MMA itu sendiri sudah berbentuk pertunjukkan pada masa ini.”

Sumber: MMA Junkie, Ringside24