
Ketua Kampung Dikejar Dan Dipukul Penduduk Hanya Kerana Larang Solat Aidilfitri Berjemaah
Selagi vaksin wabak pandemik COVID-19 tidak ditemui, selagi itulah penduduk dunia perlu membiasakan diri dengan norma baharu. Namun masih ada yang degil meskipun telah dilarang. Di Indonesia, seorang ketua kampung dikejar dan dipukul penduduk kampung kerana menghalang penduduk daripada menunaikan solat sunat Aidilfittri secara berjemaah.
BACA: Masjid Di Indonesia Masih Dibuka, Jemaah Tunai Solat Dengan Aplikasi ‘Jarak Sosial’
Berniat mahu mencegah penyebaran COVID-19, beliau diserang sekitar 19 orang penduduk Kabupaten Buol, Sulawesi Tengah disyaki menjadi pencetus kepada provokasi berkenaan.

Daripada semua itu, salah seorang daripada mereka dirakam bertindak memukul seorang ketua kampung sehingga jatuh. Kesemua daripada mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Kejadian serangan itu bermula apabila ketua kampung datang ke masjid bagi menghentikan solat sunat Aidilfitri yang dijalankan kerana kawasan berkenaan termasuk dalam kategori zon merah penyebaran wabak COVID-19.
Meskipun sudah dinasihati dalam satu surat pekeliling supaya solat sahaja di rumah kerana pandemik COVID-19 masih lagi belum berakhir, mereka masih tidak dilarang untuk melakukannya di masjid tertakluk kepada SOP yang sudah diperuntukkan.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1905721599561047
Setakat hari ini, Indonesia mencatatkan 23,851 kes dengan 1,473 kematian. Mencatatkan 686 kes baharu hari ini dengan 55 kematian, kes sembuh keseluruhan di Indonesia sudah mencecah 6,057 dengan kes aktif sebanyak 16,321.
Susulan daripada ketidakpatuhan rakyat Indonesia pada Perintah Kawalan Pergerakan, petugas barisan hadapan Indonesia seakan putus asa mahu meneruskan rawatan kepada pesakit.
Menjelang lebaran, pengunjung sejumlah pusat perbelanjaan di Serang, Ciamis, hingga Sukabumi diserbu warga yang ingin berbelanja kebutuhan lebaran seperti baju baru. https://t.co/ns6OyEyJew pic.twitter.com/HvMqpYgoPN
— CNN Indonesia Daily (@CNNIDdaily) May 22, 2020
Tanda pagar #Indonesia? Terserah menjadi trending di platform media sosial dalam beberapa hari ini.
Indonesia sebelum ini dikatakan menjadi bom jangka kepada ASEAN sejak 9 April lalu disebabkan sikap acuh tak acuh kerajaan dalam menangani dan mengekang wabak ini.
Sumber: FMT
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



