Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Walaupun sudah sebulan penularan wabak koronavirus di 27 buah negara di luar China yang majoritinya negara Asia, Indonesia masih lagi belum mengesahkan satu kes.

Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai persediaan Indonesia menangani wabak berkenaan yang kini sudah mencatatkan 40,553 kes jangkitan dengan angka korban seramai 910 orang.

802899 [Converted].ai

Menurut satu kajian oleh ahli akademik dari Universiti Harvard, alam kalangan 270 juta penduduknya, kes yang dikenal pasti di Indonesia masih di bawah jangkaan jika mengambil kira analisis bilangan penumpang yang mengambil penerbangan dari Wuhan ke destinasi di seluruh dunia.

Seorang ahli falsafah di Universiti Queensland, Profesor Ian Mackay yang khuatir dengan keadaan ini menjelaskan sekiranya kes tidak dikesan, kemungkinan besar akan adanya risiko lanjutan, jangkitanΒ hotspot serta wabak baharu yang akan muncul.

BACA:Β Elak Penularan, China Arahkan Mayat Mangsa Koronavirus Dibakar Tanpa Upacara Pengebumian

Agak mencurigakan sekiranya Indonesia yang sangat bergantung kepada pelancongan China tidak mencatatkan satu kes jangkitan. Malah penduduk Cina-Indonesia dianggarkan membentuk 3% populasi di sana.

2 Februari lalu, Indonesia telah memindahkan 238 orang rakyatnya dari wilayah Hubei, Wuhan dan menempatkan mereka di Pulau Natuna untuk dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke keluarga masing-masing.

BACA:Β Ahli Agama Indonesia Percaya Ruqyah Dapat Sembuhkan Wabak Koronavirus

Jumaat lalu pula, Kementerian Kesihatan Indonesia telah mengesahkan daripada 50 kes yang disyaki, 49 daripadanya adalah negatif dengan satu kes masih lagi dalam ujian.

Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia-vert

Sebelum ini timbul desas desus bahawa Indonesia tidak mempunyai peralatan yang mencukupi dalam menangani serta mengesan wabak koronavirus, namun kenyataan ini disangkal Pengerusi Persatuan Indonesia, Profesor Menaldi Rasmin dengan jaminan bahawa Indonesia miliki alat ujian serta prosedur operasi khas untuk mengesan masalah yang berkiatan dengan masalah pernafasan.

Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia 3

Tambahan pula, masih tiada rakyat yang tampil melaporkan simptom-simptom berkenaan di hospital.

“Orang-orang dijangkiti yang tiada simptom dan tidak sakit tidak berjumpa dengan doktor. Mereka menghidap selesema tetapi takut dikuarantin atau menerima rawatan khas juga mungkin tidak berjumpa doktor.”

Profesor Gusti Ngurah Mahardika, Ketua Makmal Bioperubatan dan Molekular Biologi Haiwan, Universiti Udayana, Bali.

Sumber: The Guardian, The Jakarta Post,