Polis Daerah Tangkak

Ketahui Teknik Yang Digunakan Oleh Sindiket Macau Scam Untuk Tukar ‘Caller ID’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelbagai teknik baharu kumpulan penjenayah dikesan setiap hari oleh pihak polis dan orang ramai haruslah sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Polis DiRaja Malaysia Daerah Tangkak melalui laman Facebook rasminya baru-baru ini telah mendedahkan teknik yang sering digunakan oleh penjenayah siber terutama sekali sindiket Macau Scam ketika menyamar atau membuat panggilan palsu.

Dalam hantaran yang dibuat tersebut, pihak polis telah menjelaskan kepada orang ramai tentang sejenis teknik yang digelar Caller ID Spoofing.

Melalui infografik yang disertakan, orang ramai kini lebih mudah untuk memahami operasi sindiket tersebut dan lebih berhati-hati apabila menerima panggilan yang tidak dikenali.

Pihak polis juga menggesa orang ramai agar lebih cakna dan sentiasa menambah ilmu dengan menggunakan Google sebaiknya.

Lihat perkongsian menarik dari pihak polis berikut.

Polis Daerah Tangkak

CALLER ID SPOOFING

Teknik yang digunakan penjenayah terutamanya sindiket Macau Scam.

Teknik untuk menukar nombor telefon yang asal menjadi nombor telefon yang lain untuk dipaparkan kepada penerima.

Macam mana polis tau teknik ni yang digunakan suspek?

– Sebab polis dah pernah tangkap sindiket pusat panggilan ni dan siasatan/kajian telah dijalankan.

Dah tau, kenapa polis tak kesan je?

– Sebab sistem telekomunikasi di Malaysia ni bukan polis punya. Semua perlukan maklumat dari pihak ketiga. Kalau pihak ketiga tak dapat beri maklumat……

Dah tau kenapa Macau Scam ni ada lagi?

– Penjenayah ni pun benda hidup.. Membiak. Tangkap satu kumpulan, muncul kumpulan lain.

Alaa polis tangkap lepas tu lepas..

– Tahu tak apa itu tempoh reman?

– Tahu tak reman tu diluluskan oleh siapa?

– Tahu tak lepas tamat reman apa yang perlu dilakukan jika siasatan belum lengkap?

– Tahu tak siapa yang akan tentukan siasatan dah lengkap atau tak?

– Tahu tak untuk tuduh sesorang dan membebaskan seseorang dari pertuduhan tu tugas siapa?

Haa admin saja tinggalkan soalan supaya masyarakat Malaysia gunakan Google sebaiknya.

Bila Google satu perkara maka akan jumpa lebih banyak perkara. Makin bertambah ilmu.

Tapi ilmu tanpa guru juga salah. Selepas baca, bertanya kepada orang di bidang itu. Merendah diri untuk bertanya itu mendidik kita supaya tidak bongkak dan bangga diri.

#ccid
#BeSmartStayAlert
#spoofing
#MacauScam
#phonescam
#PDRM

BACA: BAHAYA! Modus Operandi ‘Scammer’ Terbaru – Siap Keluarkan Waran Tangkap!

Sumber & kredit foto: Facebook Polis Daerah Tangkak