Terlalu Awal Rilek Dengan Pengurusan COVID-19, Satu Kluster Baharu Dikenal Pasti Di Wuhan 1

Ketahui Tahap Risiko Jangkitan COVID-19 Dalam Aktiviti Harian Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selagi tiada vaksin ditemui, selagi itulah penduduk dunia perlu hidup dalam keadaan norma baharu. Perlu membiasakan diri dengan situasi yang ada sekarang, ketahui tahap risiko jangkitan wabak COVID-19 dalam aktiviti-aktiviti seharian anda.

Ketahui tahap risiko jangkitan

Penduduk dunia sendiri diingatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar dapat menerima hakikat bahawa wabak pandemik ini tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat, adalah penting untuk semua orang mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menyebabkan diri dijangkiti virus ini.

Senarai tahap risiko ini disenaraikan oleh ahli epidemiologi, Dr Susan Hassig di Universiti Tulane, sebuah universiti penyelidikan swasta yang terletak di New Orleans, Louisiana.

Aktiviti berisiko TINGGI

  1. Perhimpunan
  2. Bar
  3. Perhimpunan aktiviti keagamaan
  4. Panggung wayang dan acara sukan
  5. Gimnasium

Aktiviti berisiko SEDERHANA TINGGI

  1. Restoran dalam bangunan (indoor restaurants)
  2. Salon rambut dan kuku
  3. Perjumpaan bersama beberapa individu
  4. Pantai

Aktiviti berisiko RENDAH

  1. Makan di kawasan terbuka (outdoor dining)
  2. Aktiviti luar
  3. Membeli-belah
  4. Sentuhan pada bungkusan atau barangan runcit

Selagi belum ada penawar yang dibangunkan yang mana ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun, Presiden Gabungan Saintis Amerika, Dr. Ali Nouri memberitahu bahawa tiada tarikh spesifik untuk penduduk dunia dapat menjalani semula kehidupan normal seperti sedia kala.

Pakar Bidas Kenyataan Doktor Bahawa Kentut Boleh Sebar COVID-19

Akhir April lalu, Singapore University of Technology and Design (SUTD) ada menghebahkan hasil kajian mereka dalam meramalkan jangkaan penularan wabak pandemik ini akan berakhir di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Dengan menggunakan model penilaian susceptible-infected-recovered (SIR), data yang dikeluarkan oleh Data-Driven Innovation Lab ini menggunakan model yang sama dalam melakukan ramalan beberapa penyakit seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengorbankan  349 orang di China dan 299 orang di Hong Kong pada tahun 2002 hingga 2003  dan AIDS.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Business Insider