Bill Gates dropout

Ketahui Rahsia Sebenar Kejayaan Bill Gates Yang Ramai ‘Sifu Bisnes’ Tak Nak Beritahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang mengenali Bill Gates sebagai seorang tokoh usahawan berjaya dan merupakan salah seorang individu terkaya di dunia.

Kisah kejayaan beliau sering dicanang sebagai hebat dan luar biasa serta dijadikan inspirasi buat guru-guru sekolah, penceramah motivasi mahupun ‘sifu-sifu bisnes’.

Salah satu ‘kehebatan’ Bill Gates yang paling popular ialah bagaimana beliau walaupun tidak habis belajar dari Harvard University, masih mampu menakluk dunia dengan Microsoft.

“Tak habis universiti pun boleh kaya-raya, apa guna belajar tinggi-tinggi? Baik buat bisnes macam Bill Gates! Boleh juga jadi bilionair!”

Kata-kata tersebut mungkin sering kita dengar dari founder produk dan sifu bisnes di Malaysia ini yang menawarkan kisah kejayaan Bill Gates untuk membakar semangat anak-anak muda yang masih tidak memiliki sebarang kelulusan tetapi telah dipancing untuk menceburi bidang perniagaan.

Namun, sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui sisi gelap di sebalik kejayaan Bill Gates ini dan ‘otai-otai’ jutawan ini pula seolah-olah tidak tahu atau tidak mahu berkongsi cerita sebenar.

BACA: Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’

Siapakah Bill Gates atau nama sebenarnya William Henry Gates III ini? Bagaimanakah beliau dapat mengecapi kejayaan luar biasa seawal umur 30-an? Adakah wajar beliau yang ‘tak habis belajar’ ini kita jadikan contoh?

Untuk dijadikan pengajaran bersama, seorang pengguna Facebook, Mohd Nizam telah membuat satu perkongsian menarik bagi mengupas kisah sebenar kejayaan Bill Gates ini yang ramai orang tak tahu.

Bill Gates dropout

Billionaire dan Hakikat

Bill Gates jadi billionaire semasa umur beliau sekitar 31 tahun, pada tahun 1987 – Billionaire termuda pada masa itu.

Kemudian, 8 tahun kemudian, tahun 1995, beliau jadi individu paling kaya di dunia dengan net worth USD11.9 billion.

Cerita yang popular adalah Bill Gates dropout dari Harvard University.

Kemudian yang guru-guru bisnes di Malaysia ramai canangkan adalah…

“Tak pergi universiti pun, boleh jadi kaya raya. Pastu kalau pergi universiti, nanti habis belajar, kerja jadi kuli!”

****************

Sebelum basahkan kepala dikencing guru-guru bisnes tu, dik, meh abang kongsikan sikit cerita yang kurang popular pasal Bill Gates:-

  1. Bapak Bill Gates, namanya William Henry Gates II, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates Sr. Dia ni adalah lawyer yang kaya-raya. Siap ada firma sendiri, namanya Shidler McBroom & Gates (kemudian, selepas merger, jadi firma nama K&L Gates).
  2. Mak Bill Gates pula, namanya Mary Ann Maxwell Gates, dia adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi United Way, sekitar tahun 1980. United Way ni apa? It is an international network of over 1,800 local nonprofit fundraising affiliates. Ya, sebegitu punya besar organisasi, mak dia adalah Ahli Lembaga Pengarah kat situ. Kalau tak salah, pernah jadi Chairman.
  3. Bill Gates ni, sebelum masuk Harvard, dia masuk sekolah namanya Lakeside School (Seattle). Sekolah swasta, dik. Dalam satu interview, dia cerita kawan-kawan sekolah dia, rileks je ramai bawak Porsche pergi sekolah. Him being schooled there, adik rasa Bill Gates ni, asal anak orang B40 atau M40 atau bukan kedua-duanya?
  4. Kenapa mention pasal mak bapak Bill Gates? Simple. Sebab mak bapak dia yang mainkan peranan besar tidak didendang oleh sifu-sifu bisnes yang buat kelas harga beribu-ribu dan ada menari-nari tu.

*********************

  1. Bapak Bill Gates tu, lawyer. Lawyer yang power dan client base pun, high profile personnel je. Masa Microsoft mula up dulu, ada je start-ups lain up juga. Tapinya mostly kena bedal dek bapak Bill Gates dari sudut legal sama ada patent rights atau apa sahaja ruang yang dia boleh bedal. Basically, he helped to kill-off competitions for his son’s company.
  2. Mak Bill Gates pula, networking dia luas gila. Antara saudara mara dia adalah President National City Bank in Seattle dan Director (Seattle Branch) bagi Federal Reserve Bank of San Francisco.
  3. Mak dia, Ahli Lembaga Pengarah United Way. Dalam Lembaga Pengarah United Way tu pula, ada seorang pakcik ni, namanya John Opel.
  4. Siapa John Opel? Tak dik, dia bukan sedara John Cena yang gusti WWE tu. John Opel ni, dia adalah Chairman syarikat bernama International Business Machine Corporation.
  5. “International Business Machine Corporation” tu apa? Nama glamer dia yang orang panggil, “IBM” – ya, syarikat gergasi tu.
  6. IBM ni juga, syarikat gergasi yang tiba-tiba bagi peluang kepada satu syarikat start-up bernama “Microsoft” pada tahun 1980, untuk develop software for it’s first personal computer. 7 tahun lepas tu, tauke Microsoft, Bill Gates, jadi billionaire termuda dunia.

Adik rasa, mak Bill Gates ada mainkan peranan tak dalam deal Microsoft-IBM ni, since dia sama-sama dalam Lembaga Pengarah United Way dengan John Opel?

*****************

  1. Abang takkan sekali-kali diskaun atau menidakkan kebolehan Bill Gates. Beliau power, cerdik, billionaire dan deserve what he has today.
  2. Yang abang nak menidakkan adalah statement dan dakyah populis yang menyatakan everyone can be a billionaire by themselves – bersendirian, or by usaha alone.
  3. Dakyah populis sebeginilah yang buat ramai orang kena scam masuk jadi businessman terutama kononnya founder syarikat dan produk. Even worse, kena tipu dek sifu-sifu bisnes dan duit habis beribu-ribu, pastu dapat self-confidence dari fakta separa benar.
  4. Bill Gates, sebagaimana ramai (bukan semua) young achievers sekarang ni, kebanyakannya adalah groomed and designed to be rich. They have all the resources needed to be rich. Keluar je dari rahim mak dia, memang diletak terus dalam dulang emas dan dah disambung terus ke influential people (bukan influencer Instagram tu!).
  5. Kesimpulannya, kalau adik bukan dalam kategori dengan leverage macam atau persis Bill Gates, janganlah percaya atau terpesona dengan geng-geng penipu sifu-sifu bisnes ni. Abang ramai jumpa yang kena kelepet, dik. Kesian, tapinya, nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur, bukan jadi billionaire macam Bill Gates.
  6. Jangan juga adik remehkan orang kerja makan gaji. Mungkin, depa ada plan nak sediakan laluan dan kemudahan terbaik untuk anak dan keluarga depa – tak semestinya jadi billionaire, tapinya mungkin untuk ada kerjaya dan jadi orang. Setiap orang ada laluan dan rezeki masing-masing.

Bukan nak lemahkan semangat adik kalau nak jadi peniaga, tapinya, sebelum buat keputusan, adik perlu tahu akan hakikat dan tidak berpandu sifu-sifu bisnes semata-mata.

Oh ya, sekiranya adik terdengar orang sembang cakap tak perlu belajar kalau nak berjaya atau masuk universiti ni tiada guna, ingatlah yang Bill Gates ada anak 3 orang, kesemua anak dia, masuk universiti; 2 orang di Universiti Stanford dan seorang di Duke University.

Sekian.

In the pic: Bill Gates bersama mak ayah dia, masa wedding dia. Masa ni, tahun 1994 kalau Pak Cik Google tak salah, setahun sebelum dia jadi orang paling kaya di dunia – dah billionaire dah masa ni.

Sumber & kredit foto: Facebook Mohd Nizam