
Kesesakan Luar Biasa Jalan Raya India, Satu Perkara Biasa Untuk Negara Padat
Bila sebut mengenai negara India, aspek kesesakan jalan raya yang terlampau adalah salah satu daripada beberapa perkara yang akan terlintas dalam fikiran kita selain daripada kepadatan, kemiskinan dan kebersihan.
Menjelang 2020, India dijangkakan memiliki populasi penduduk kedua tertinggi selepas China iaitu dengan bilangan sekitar 1.38 bilion orang.
Dengan keluasan negara sebesar 3.287 juta kilometer persegi, China dan India mempunyai akses kepada bekalan makanan berlebihan yang didapati daripada bidang-bidang pertanian, perladangan dan sebagainya sehingga menjadikan populasi mereka bertambah besar dari tahun ke tahun.
Ya, dengan kepadatan penduduk yang terlampau, kesesakan jalan raya di India adalah satu perkara yang biasa dan normal di sana.

Penduduk di India menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan raya jika dibandingkan dengan rakyat negara lain.
Menurut platform perjalanan pejabat MoveInSync, rata-rata penduduk india menghabiskan lebih daripada 7% (dua jam) daripada hari mereka dengan menghadap kesesakan di jalan raya yang mana jarak perjalanan ke pejabat adalah kurang dari tiga minit untuk 1km.
Laporan turut mendapati, pekerja yang ibu pejabatnya di Chennai menempuh perjalanan paling cepat dengan kadar kelajuan 25.7km/jam diikuti dengan Hyderabad dan Delhi pada 20.6km/jam hingga 21.2km/jam.
Sementara di Bengaluru dan Mumbai adalah yang paling lambat dengan kelajuan rata-ratanya 18.5km/jam hingga 18.7km/jam.
Pada tahun 2019, empat daripada bandar di India disenaraikan dalam 10 bandar dengan jalan raya paling sesak iaitu dengan Bengaluru di tangga pertama, diikuti dengan Mumbai dan Pune di tangga ke-4 dan ke 5, serta Delhi di tangga ke-8.
Bila ke India, pastikan anda sudah bersedia berdepan dengan kesesakan luar biasa di jalan raya mereka.
Di Malaysia, membunyikan hon adalah sebagai tanda ‘amaran’ kepada pemandu lain. Namun di India ianya adalah satu lagi perkara biasa yang dibuat tanpa ada sebab munasabah.
Baca apa lagi perkara biasa dilakukan penduduk di India dalam artikel ini: “Meludah, Bergaduh Benda Biasa” Lelaki Ini Kongsi Tabiat ‘Buruk’ Penduduk Di India