
Kesatuan Mahasiswa Dakwa UM Berdalih Isu Pengurusan Wabak Koronavirus Pelajar China
14 Februari lalu, tular di laman Facebook Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya bahawa pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) memperjudikan kesihatan dan keselamatan mahasiswa dan mahasiswi tempatan dengan menugaskan beberapa sukarelawan (pelajar) melakukan kerja-kerja pembersihan bilik kuarantin, menjaga visa selain daripada menjaga kaunter pendaftaran pelajar China yang baru pulang dari China.

Daripada aspek perubatan, pelajar yang diarahkan untuk menjalankan tugas-tugas demikian tidak dijamin kesihatan mereka di samping keraguan sama ada adakah benar pelajar dari China mematuhi standard prosedur kuarantin selama 14 hari.
https://www.facebook.com/kmum1905/photos/a.541272362691963/1557975811021608/?type=3&__tn__=-R
Walau bagaimapun, pengurusan UM menafikan perkara ini dengan menegaskan bahawa pihak universiti sentiasa memantau keadaan dan situasi serta berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan nasihat mengendalikan situasi ini.
https://www.facebook.com/UniversityOfMalaya/posts/10157685574650255?__tn__=-R
Menjadikan Kolej Kediaman ke-10 (KK10) sebagai pusat penempatan, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Akmal Hazieq mendakwa ada beberapa pihak yang enggan bekerjasama antaranya Pusat Teknologi Maklumat (PTM) yang enggan melayan permintaan memasang kemudahan seperti komputer riba dan rangkaian lain bagi tujuan pendaftaran dengan alasan ‘bimbang dijangkiti CoVID-19’.


Perkara ini memaksa para sukarelawan memasang dan mencipta sistem pendaftaran sendiri sistem pendaftaran untuk 500 pelajar China dengan menyediakan kelengkapan sendiri seperti komputer, pendawaian serta rangkaian.
Okay you know what, let me give it to you straight. A few UM students have DM-ed me about how the university is chucking 550 students from China in a residential college due fears surrounding the coronavirus outbreak. All I wanna say is it’s a HUGE sinophobic mess. pic.twitter.com/LJGkBHjTxP
— 🏴 Arisha Rozaidee 🏴 (@ArishaRozaidee) February 15, 2020
Memberikan respon kepada perkara berkenaan, KKM memberitahu pihak mereka tidak dimaklumkan penggunaan khidmat sukarelawan dalam kalangan pelajar UM dalam mengendalikan pelajar china berkenaan.
BACA: Wabak Koronavirus: ‘Dikunci’ Dari Dunia Luar, Penduduk Wuhan Minta Bantuan Dunia
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu akan mengadakan perbincangan susulan dengan KPM bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Trending now



