
Kesan Luka Dari Kepala Sampai Kaki, Kisah Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu & Kekasih Dalam ‘The Trials of Gabriel Fernandez’
Tahun 2013, California dikejutkan dengan berita kematian seorang budak lelaki berusia lapan tahun, Gabriel Fernandez yang didakwa menjadi mangsa dera ibunya sendiri, Pearl Fernandez dan kekasihnya, Isauro Aguirre.

Dalam enam episod dokumentari The Trials of Gabriel Fernandez ini, penonton didedahkan dengan sisi gelap undang-undang yang secara konsisten mengecewakan ramai pihak termasuklah Gabriel sendiri.
BACA: Dokumentari ‘House Of Secrets: The Burari Deaths’, Hanya Untuk Yang Kuat Semangat
Berdasarkan laporan, Gabriel didera dan diseksa lebih dari lapan bulan termasuklah dipukul, ditembak di muka dengan menggunakan pistol BB, dipaksa makan najis kucing, dikurung di almari selama berjam-jam lamanya dan disembur menggunakan spray lada.
Mimpi ngeri untuk beliau berakhir apabila Pearl dan Isauro memukulnya sehingga beliau cedera parah dan disahkan meninggal dunia.
Biarpun ada bukti-bukti yang boleh mendakwa Pearl, Isauro dan empat lagi pekerja sosial kerana hal ini, namun tiada tindakan yang dilakukan pihak Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga serta penguatkuasa undang-undang menyebabkan ramai pihak mula berdemonstrasi mahukan keadilan untuk Gabriel.
Terdapat perbincangan yang menuduh pasangan berkenaan dengan jenayah kebencian namun pihak pendakwaan memutuskan bahawa kejadian ini memiliki motif dan mahukan keduanya dikenakan hukuman berkaitan penderaan kanak-kanak.
Darah di seluruh apartmen
Lebih mengerikan, di lokasi jenayah, penyiasat terpaksa menampal pelekat merah bagi menandakan percikan darah di apartmen tersebut.
Terlampau banyak bukti percikan darah yang dijumpai menyebabkan pelekat habis dan digantikan kepada warna kuning.
Selain daripada kekesaran yang disebutkan di atas, Gabriel juga pernah hadir ke sekolah dengan wajah penuh luka, kesan cucuhan rokok dan rambutnya dicukur.

Menurut kenyataan adik Gabriel, Isauro dilihat mencekik dan mengangkat Gabriel dan pernah ‘melemaskan’ Gabriel beberapa kali.
Kes ini akhirnya diselesaikan dengan hukuman mati kepada Issauro manakala Pearl pula dipenjarakan seumur hidup tanpa kemungkinan diberikan pembebasan bersyarat, manakala empat pekerja sosial yang sepatutnya mengawasi keadaan Gabriel dilepaskan.
Alasan pelepasan mereka adalah kerana pihak pendakwaan tidak membuktikan bahawa pekerja sosial memiliki kewajiban untuk mengendalikan pelaku (Pearl dan Isauro) selain berkonklusi bahawa mereka tidak memiliki hak penjagaan kepada Gabriel.
Trending now



