tim-foster-qefCF3r4Eoc-unsplash

Kes Tertanam Hidup-Hidup Akibat Terima Pengkhabaran Harta Karun Oleh Bomoh Dalam Mimpi Ini Patut Dijadikan Pengajaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banyak kes-kes pelik dan tanpa penjelasan berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang mempercayai mimpi dan juga kata-kata daripada bomoh.

Antaranya adalah seperti yang diceritakan oleh saudara Zainuddin Omar ketika beliau sedang berkhidmat sebagai Jurutera Daerah Pulau Pinang. Jom kita ikuti kisah beliau.

TUGASAN TERPELIK ZAMAN BEKERJA

Satu petang pada tahun 1990 semasa bertugas di Pejabat Jurutera Daerah Pulau Pinang, saya menerima panggilan dari seorang anggota polis, rakan saya yang bertugas sebagai ketua balai Pulau Tikus.

‘Tuan, minta tolong sikit di Botanical Garden sekarang ini’, ujar beliau.

Saya taklah terperanjat kerana memang biasa menerima panggilan dari pihak polis meminta kerjasama waktu luar pejabat.

‘Sarjan Meor, apa masalah pulak kali ini’, balas saya.

‘Tuan, ada orang tertimbus dalam lubang di Penang Botanical Garden. Mohon tolong orang tuan galikan dengan backhoe untuk keluarkan orang tersebut’, kata beliau dengan nada panik.

‘Ok, saya uruskan dengan secepat mungkin dan saya pergi ke sana sekarang ini’, balas saya.

Sebagai Jurutera Daerah memang tugas saya jika berlaku kerja-kerja kecemasan yang melibatkan perkara teknikal. Saya adalah frontliner penjawat awam selain pihak polis dan bomba.

Jam menunjukkan 7 petang dan saya pun menelefon pegawai-pegawai saya untuk menguruskan semua keperluan termasuk genset/spotlight dan bergegas ke tempat tersebut yang tidak jauh dari kuaters kediaman saya di Jalan Brown.

Sehari sebelum itu, saya diberitahu ada sekumpulan pencari harta karun Jepun mengorek di tepi bukit bersebelahan Penang Botanical Garden.

penang botanical garden

Gamaknya ketua mereka mendapat mimpi dan juga perkhabaran dari seorang bomoh untuk mengorek di satu tempat di situ kerana mempercayai harta karun Jepun yang ditanam selepas perang dunia kedua.

Pada akhir perang dunia kedua setelah Hiroshima dan Nagasaki diledakkan dengan bom atom, komander Jepun di Penang telah mengarahkan askar Jepun menanam harta karun di kawasan hutan bersebelahan Botanical Garden.

Pada zaman tersebut ianya tidaklah jauh dari Tanjung (Georgetown) dan memang tebal dengan pokok hutan.

Jika rajin perhatikan terdapat beberapa bunker konkrit zaman Jepun di kiri kanan jalan Waterfall menuju ke Botanical Garden.

Komander Jepun berfikiran bahawa harta karun tersebut boleh dikorek kemudian setelah tamat Perang Dunia ke-2.

Penang pada masa itu adalah pusat dagangan terbesar di Asia Tenggara dan diduduki oleh peniaga Cina yang kaya raya.

jepun

Askar Jepun sangat benci dengan bangsa Cina kerana peperangan antara China dan Jepun yang berlarutan ratusan tahun.

Pada siege of Nanking 1937, askar Jepun telah membunuh dan memperkosa ratusan ribu rakyat Cina.

Apabila Jepun menawan Malaya, Penang dijadikan salah satu garison askar Jepun kerana mempunyai pelabuhan yang besar.

Harta-harta hartawan Cina dirampas dan emas dijadikan ketulan ingots.

Inilah harta karun yang dicari oleh pencari harga karun.

Ianya sama seperti Yamashita’s Gold di Philippines di mana pencari harta karun masih mencarinya di hutan sana sehingga sekarang.

Itulah ceritanya dari percakapan orang-orang lama di Penang tetapi sebenarnya tiada kesahihan.

Oleh kerana tamak dan juga tanpa ilmu engineering, mereka mengorek lubang kecil dengan cangkul sehingga sedalam 10 kaki dan akhirnya tanah di atas mereka runtuh.

Seorang daripada mereka tertanam di dalamnya hidup-hidup.

Apabila sampai ke tempat kejadian saya mengarahkan agar jangan dikorek dengan backhoe kerana kemungkinan boleh mencederakan orang yang tertanam, jika masih hidup.

Sebagai jurutera muda, saya terpaksa berfikir dengan pantas bagaimana cara mengeluarkan orang yang tertanam.

Penguasa Bomba dan Ketua Polis pun berada di tempat kejadian menunggu nasihat saya.

Apabila saya pegang dan kepal tanah yang dikorek, ianya adalah berjenis ‘granular’ dan senang rapuh.

Ini bermakna ianya mudah untuk melorot jika dikorek dengan tebing curam.

Saya teringat satu arahan teknik JKR iaitu jika pembangunan di sebelah tebing bukit, pastikan jarak minima dari kaki tebing ialah dua kali ganda ketinggian tebing.

Ini bermakna jika ketinggian tebing 10 kaki, jarak minima rumah perlu 20 kaki jauh dari kaki tebing.

qinghill-GMU6ldtMxGQ-unsplash

Saya anggarkan kedalaman korekan penggali harta karun adalah 10 kaki dan mengarahkan pemandu backhoe mengorek radius 20 kaki dari centre.

Setelah korekan kedalaman 5 kaki baru saya arahkan beberapa pekerja JKR menggunakan cangkul mengorek tempat timbunan asal dengan berhati-hati.

Dengan cara ini pekerja saya tidak menghadapi risiko tanah disekeliling runtuh dan membahayakan nyawa mereka.

Setelah sejam mencangkul, orang yang tertanam dijumpai tetapi tidak bernyawa lagi.

Beliau mati berdiri di dalam lubang tersebut, akhirnya dapat di keluarkan dan dibawa ke hospital.

Moral of the story.

•Janganlah percaya dengan tok bomoh atau mimpi gangguan jin untuk menjadi kaya cepat.
•Tiada jalan rengkas untuk jadi orang senang dan kaya.
•Guna knowledge untuk setiap decision.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

BACA: Kes Pembunuhan Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Masih Misteri