Pengajaran Kes Saman Johnny Depp Amber Heard

Kes Saman Fitnah Berpihak Kepada Johnny Depp, Apa Yang Boleh Kita Pelajari?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rata-rata pengguna media sosial mengetahui tentang kes saman fitnah selebriti Hollywood, Johnny Depp terhadap bekas isterinya Amber Heard yang berlangsung selama enam minggu sebelum ini.

Keputusan yang diumumkan bahawa Depp memenangi kes saman fitnah tersebut yang mana Heard diperintahkan membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).

Menerusi satu hantaran di laman sosial rasminya, Depp menyifatkan keputusan itu sebagai memberi lembaran baharu kepada kehidupannya selepas enam tahun berada dalam situasi sukar.

“Selepas enam tahun, barisan hakim memberikan semula kehidupan saya, saya begitu bersyukur.“

Ramai pengguna media sosial turut memberi reaksi mengenai kes saman tersebut. Tertarik untuk berkongsi pandangan salah seorang pengguna Facebook yang juga Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Mohd Syamirulah Rahim.

Bukti bahawa lelaki juga mangsa stigma

Kemenangan kes saman Johnny Depp keatas Amber Heard telah dijangka melalui siri perbicaraan yang disiarkan secara terbuka. Jika anda menonton sendiri perbicaraan tersebut, bukannya membaca tabloid atau laporan media, anda akan ketahui bagaimana pasukan pendakwaan Johnny Depp memberikan hujah dan membongkar penipuan Amber Heard.

Apabila Amber Heard menulis secara terbuka di Washington Post mendakwa dirinya mangsa keganasan rumahtangga, seluruh dunia berpihak kepada beliau dan mengecam Johnny Depp. Ianya sebahagian dari kempen #MeToo yang tular pada waktu itu.

Depp digugurkan dari siri filem lanun terkenal lakonannya, watak Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean, malah watak Grindelwald yang baru menapak di hati peminat siri Fantastic Beasts. Memetik kata-kata beliau, “I lost nothing short of everything.”

Kata-kata beliau ini akan terpahat sebagai bukti bahawa lelaki menjadi mangsa stigma. Apabila disebut “keganasan rumahtangga”, lazimnya terpacul dalam kepala kita, suami yang mencederakan isteri secara fizikal. Terbayang dalam fikiran kita, isteri yang ditampar, lebam dan cedera. Itu first thought kita apabila membayangkan “keganasan rumahtangga”.

Walhal hakikatnya, suami (lelaki) juga boleh menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Malah sama juga, penderaan lelaki bukan hanya setakat fizikal, bahkan emosi yang tidak meninggalkan sebarang parut.

Dalam kes Depp, beliau menceritakan mengenai siri penderaan yang dilakukan Heard, termasuklah sehingga jari Depp dipotong. Pembohongan demi pembohongan didedahkan, termasuklah bagaimana alat mekap digunakan untuk mensolek lebam “dipukul” pada muka Amber Heard, serta gambar yang di-photoshop diterbitkan media.

Menariknya jika kita hanya membaca melalui laporan media semata-mata, kebanyakan media memihak kepada Amber Heard. Laporan mengatakan kemenangan Johnny Depp dikatakan sebagai satu bentuk victim blaming (kerana kononnya mangsa disini ialah Amber Heard), disebabkan Depp lebih kaya, lebih terkenal, in position of “power” maka logiknya beliau lah yang menyebabkan keganasan kepada Heard, bahkan ada akhbar menyatakan keputusan mahkamah ini sebagai misogynist pun.

Kes saman fitnah oleh Depp terhadap Heard di Amerika Syarikat ini unik. Pertamanya, kerana sistem kehakiman di sana yang menggunakan panel juri untuk menentukan keputusan. Keduanya, kes fitnah melibatkan selebriti di sana memerlukan kriteria yang lebih ketat iaitu “Acted With Actual Malice” (bertindak dengan niat jahat) yang mana diputuskan telah dilakukan oleh Heard.

Pengajaran Kes Saman Johnny Depp Amber Heard

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil:

Pertama, always go to primary source. Perbicaraan ini disiarkan secara terbuka keseluruhannya secara online, lihat sendiri testimoni saksi dan bagaimana peguam Johnny Depp mematahkan tuduhan Amber Heard.

Amber Heard mendakwa model Kate Moss pernah ditolak hingga jatuh oleh Johnny Depp. Jadi, pasukan Depp memanggil sendiri Kate Moss sebagai saksi perbicaraan yang memberikan testimoni bahawa perkara itu tidak berlaku.

Amber Heard mendakwa rumah dipecahkan apabila Johnny Depp “mengamuk”. Pasukan Depp memanggil house manager memberikan testimoni perkara itu palsu.

Amber Heard mendakwa dirinya mengalami PTSD akibat “didera” Depp. Disebabkan dakwaan itulah, pasukan Depp membawa ahli psikologi forensik, mengesahkan ianya tidak betul dan Amber Heard “exaggerating”.

Which brings us to the second point – anda sentiasa boleh disemak, setiap dakwaan anda. Kalau kita kata A, kita mestilah bersedia membuktikan apa yang kita kata itu benar, atau dibuktikan ianya salah.

Dalam sebuah rakaman pertengkaran antara Johnny Depp dan Amber Heard, didengari dengan jelas Amber Heard mengejek;

“Tell the world, Johnny. Tell them, ‘Johnny Depp, I, a man, I’m a victim, too, of domestic violence, it’s a fair fight,’ and see how many people believe or side with you.”

Johnny Depp lalu menceritakannya. Dan seluruh dunia, mempercayai beliau.

Sumber: Facebook Mohd Syamirulah Rahim