
Kes Pertama Wabak Koronavirus Di Malaysia Libatkan Tiga Warga China
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan kes pertama koronavirus di Malaysia melibatkan tiga orang China.
Mangsa memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV) terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 66 tahun serta cucunya yang masing-masing berusia 11 dan dua tahun.
BACA: Penularan Wabak Koronavirus: Kedudukan Kesihatan Rakyat Malaysia Semakin Terancam
Kesemua mereka merupakan ahli keluarga terdekat kepada kes mangsa pertama di Singapura disahkan positif melalui ujian yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.
Saringan awal mendapati mangsa tidak demam dan menunjukkan sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak yang diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor dan disahkan positif.
Ketiga-tiga kini berada di Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya.
Untuk rakyat Malaysia, berikut merupakan langkah pencegahan yang boleh anda lakukan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156677895861237?__xts__%5B0%5D=68.ARC7KeudAcdDO55eLLNc7mchOgIMep7_ePAXFIerWX7Jb_IjDdkqWKBHtN8SCvMfUcBVZNLdeiCN8rDvIGzoz8DO8muVuliojFTaQSkkms8uZjJ-7j1Y0kiYPfq0xnZboBBDZHY4On9N8aYDStXwKbti_J0Xs3rcJOobfyOPa0n1xsCZ23LoFSRjotTT-53gBZ58pag7HrxYg1FKiRL3wt2wGLxK_1EOjInOlfBe6S9KTboRbz73bwgldNZ949nsIhJZ_vkLvYCNhFwdDrJsqNAzc0b2xE92EkUrjpBeQ_VqbEu3OqBxGlNhJCy6ZJPMcPBlZQROJGUgQcfVXrUhYes&__tn__=H-R
Para saintis mendapati wabak koronavirus yang sedang melanda dunia kini boleh bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga tempoh sembilan hari.
Antara permukaan yang mempunyai potensi jangkitan ialah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan besi pemegang kenderaan awam.
Menurut kajian terbaharu di Jerman, virus korona ini boleh bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa.
Namun ianya boleh dihapuskan sekiranya permukaan dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.
Sumber: Astro Awani