Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 7

Kes Pembunuhan Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Masih Misteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kes pembunuhan Maarof Zakaria, pengusaha bank Melayu pertama yang masih misteri.

Akhir tahun 1947, Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang peguam, Maarof Jaafar yang juga merupakan pengasas bank pertama khusus untuk orang Melayu – Bank Kebangsaan Melayu yang didaftarkan pada 12 Mei 1947.

BACA: Ini Respon Tenang Boss Susu Tentang Isu Pemilikan Saham Farm Fresh & BMF

Terletak di Klang Street, Kuala Lumpur, bank ini ditubuhkan dengan modal 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu di atas tanah seluas 27 ekar.

Pada ketika itu, orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti yang mana kadar faedah yang dikenakan terlampau tinggi.

4 Disember 1947 (Khamis), Maarof diculik ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan.

Selepas tiga hari, 7 Disember 1947, mayat Maarof ditemui tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang.

Masih memakai seluar Khaki, jam tangan jenama Rolex dan pakaiannya tidak dicuri, pihak polis agak kehairanan kerana mendapati tayar belakang serta tayar simpanan keretanya hilang.

Misteri kehilangan Maarof mendapat perhatian meluas.

Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 1
Sumber: NSTP

Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 3

Isteri Maarof, Kamsiah Mohd Ali pada ketika itu memaklumkan Maarof akan pulang pada sebelah petang Khamis dan jika lewat, beliau akan bermalam di Seremban dan pulang pada esok hari.

Pihak polis percaya, Maarof ditahan oleh beberapa individu yang menaiki kereta lain sebelum membawa mangsa menuju ke Bentong sebelum keretanya ditinggalkan di penghujung jalan mati, tidak jauh dari KM13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong.

Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Mohamaden, Ampang, sehingga kini misteri pembunuhan Maarof tidak diselesaikan.

Anak Maarof, Mustapha Maarof, seorang pelakon veteran di Malaysia yang merupakan anak kepada Maarof pada tahun 2015 pernah mendedahkan kepada Berita Harian mengenai kes pembunuhan ayahnya.

Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 2
Sumber: Zunnur Al Shafiq/Berita Harian

Menurut Mustapha, pada kejadian itu berlaku beliau baru berusia 13 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Mustapha yang ada melakukan kajian sendiri mengenai kes ayahnya mendedahkan Maarof tiada berhutang dengan sesiapa dan hairan mengapa arwah dibenci sehingga sanggup dibunuh.

Tambah Mustapha lagi, beliau sanggup memujuk ibunya supaya menjual tanah pusaka sebanyak 10 hektar semata untuk menampung kos operasi bagi menubuhkan bank.

Untuk pengetahuan anda, nama Maarof diabadikan di sebuah jalan di Bangsar iaitu Jalan Maarof sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau dalam bidang ekonomi.

Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 5
Sumber: Foursquare

Selepas Maarof meninggal dunia, perniagaan bank diuruskan anak saudaranya, Mustafa yang sebelum itu pernah berkhidmat di unit terjemahan Berita Harian.

Niat murni Maarof disalah erti pihak tertentu sebagai saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, iaitu The Chartered Bank (British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Kekangan kewangan dan masa kejadian berlaku (sebelum zaman kemerdekaan) menjadikan usaha untuk melantik peguam berwibawa bagi mengkaji semula kes berkenaan menjadi rumit.

Mustapha cukup yakin Maarof menjadi mangsa komplot/konspirasi terancang pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutamanya dalam bidang ekonomi.

Ini kerasa keluarga mereka pernah cuba dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata api ketika berpindah ke kediaman baharu di Taman Seputeh, Jalan Klang lama pada awal tahun 1947, 10 bulan sebelum Maarof diculik dan mayatnya ditemui.

Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Jadi Mangsa Konspirasi Terancang 4
Sumber: Berita Harian

Hasrat Mustapha itu kemudiannya disampaikan pihak Berita Harian (Mohd Azis Ngah) kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Suka-Guam), Datuk Khairul Anwar Rahmat dan disambut baik, namun hasrat Maarof merungkaikan kes ayahnya gagal selepas beliau disahkan meninggal dunia pada 15 Disember 2014 di usia 67 tahun.

Begitulah kes pembunuhan Maarof Zakaria, pengusaha bank Melayu pertama yang masih lagi misteri sehingga ke hari ini.

Sumber:

  1. Berita Harian 1
  2. Berita Harian 2
  3. Berita Harian 3
  4. Wikipedia