
Kes Langgar SOP, Apa Sebenarnya Maksud Neelofa & Suami Dilepas Tanpa Dibebaskan?
Kes langgar SOP, apa sebenarnya maksud Neelofa & suami dilepas tanpa dibebaskan?
Mahkamah Majistret hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan, Noor Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis menjual permaidani di Nilai pada Mei lalu.

Keputusan dilepas tanpa dibebaskan oleh Majistret Firdaus Saleh itu dibuat selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan dengan pembebasan tanpa melepaskan dua tuduhan terhadap Muhammad Haris dan satu pertuduhan terhadap Noor Neelofa.
“Representasi kami telah pun diterima Jabatan Peguam Negara. Kes ini bukanlah perkara besar tetapi dibesar-besarkan.
Tetapi (jika kes diteruskan) ia akan berlarutan jadi panjang, dengan keadaan Noor Neelofa yang hamil tidak sesuai kita jalankan kes ini, kita ambil cara mudah.” – Peguam pihak pembelaan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah
Apa yang dimaksudkan dengan lepas tanpa bebas?
Menurut sumber daripada Facebook The Law Chambers of Redzuan & Faiezad, bebas tanpa lepas membawa maksud kes terhadap tertuduh sudah digugurkan namun mereka tidak dibebaskan oleh mahkamah.
Kes boleh dibawa ke mahkamah semula pada bila-bila masa sekiranya pendakwa raya (jika mahu) ingin mendakwa semula tertuduh.
Ini bermakna Orang Kena Tuduh (OKT) tidak akan merdeka lagi, tetapi masih bebas menjalani kehidupan seperti biasa sama seperti individu lain.
Sebelum ini, susulan daripada isu ini menjadi tular, pasangan berkenaan menjadi punca kemarahan netizen.
Sehinggakan wujudnya satu petisyen di platform change.org yang menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memenjarakan beliau.
Ada juga netizen yang cuba menyedapkan hati sendiri dengan membuat konklusi bahawa Nilai pada ketika itu sudah tidak berada di bawah Negeri Sembilan sebaliknya berada di bawah Selangor.
Baca lanjut di: Angkara Kes Rentas Negeri, Lokasi Nilai Dah Bertukar Ke Selangor Di Wikipedia?