
Kes Jenayah Seksual Melibatkan Remaja Di Kelantan Menurun Tapi Masih Membimbangkan
Statistik Januari hingga September tahun 2022 merekodkan 145 kes jenayah seksual melibatkan remaja, menurun berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 166 kes di seluruh negeri Kelantan.
Meskipun dilihat berlaku penurunan, namun, gejala itu masih dianggap membimbangkan apatah lagi melibatkan golongan remaja dan bawah umur.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, sejumlah 71 kes rogol melibatkan remaja dilaporkan, 6 (kes liwat), 22 (kes cabul) dan 42 kes melibatkan Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak kanak (AKSTK).
Berbanding dengan tempoh yang sama bagi tahun 2021, 85 kes rogol, 22 (kes cabul), 7 (kes liwat) dan 36 (kes AKSTK) telah diaporkan.
Statistik berkenaaan juga menunjukkan daerah Kota Bharu mencatatkan kes tertinggi berbanding daerah lain di seluruh negeri Kelantan.
Kes seumpama ini banyak berlaku di kalangan remaja dan ianya perlu dielakkan kerana mereka tidak mengetahui bagaimana mereka boleh terjebak.
Usaha dari keluarga dan orang ramai juga perlu untuk bersama-sama mengawal dan cuba mencegah kes jenayah seksual seperti ini dari terus berlaku.
“Jika dilihat daripada statistik kes ini ia sangat membimbangkan, namun perkara ini boleh kita halang. Kita boleh tutup ruang dan kita mesti buat sesuatu.
“Keluarga terutamanya perlu mempunyai cara untuk memantau anak-anak mereka, malah di pihak kita, panduan sentiasa diberikan kepada mereka bagi mengelakkan kes ini daripada berterusan berlaku,” jelas Datuk Muhamad Zaki.
BACA: “Apa Salah Kami?” – Kenapa Ramai Wanita ‘Reject’ Lelaki Kelantan Selepas Tahu Asal Mereka?
Sumber: astro AWANI
Trending now



