
Kes Hina Nabi Muhammad, ‘Hacker’ Malaysia Godam Laman Web Kerajaan India
Sejak minggu lalu, kerajaan India menerima kritikan dan kemarahan dari dalam dan luar negara selepas dua pegawai parti pemerintah, Parti Nasionalis Bharatiya Janata (BJP) membuat kenyataan tentang Nabi Muhammad.
Negara seperti Qatar, Arab Saudi, Oman, UAE, Afghanistan, Pakistan, Iran, Turkiye dan Indonesia antara yang menuntut permohonan maaf daripada India kerana membenarkan kenyataan menghina itu.
Malaysia juga tidak terkecuali, menerusi kenyataan Wisma Putra yang memanggil Pesuruhjaya Tinggi India dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, komen berbaur hasutan itu tidak terhenti begitu apabila kumpulan ‘hacker’ Malaysia dilaporkan menggodam beberapa laman web kerajaan India.
Memetik laporan The Times of India, melaporkan sejumlah 70 laman web digodan kumpulan yang dikenali sebagai ‘DragonForce Malaysia’.
Antara laman web yang menjadi sasaran seperti Kedutaan India di Israel, Institut Pengurusan Pelanjutan Pertanian Kebangsaan India, Majlis Penyelidikan Pertanian India, laman institusi pendidikan dan beberapa lagi.
DragonForce Malaysia juga dilaporkan cuba menyerang laman web membabitkan bank-bank utama di India.
Kumpulan penggodam berkenaan juga mendesak penggodam muslim dan juga pertubuhan hak asasi manusia memulakan kempen terhadap India susulan kenyataan menghina dua ahli BJP itu.
This is an urgent call for all Muslim Hackers All Over The World, Human Right Organisations and Activists all around the world to unite again and start campaign against India, share what is really going on there, expose their Terrorist,Criminal War activity to the world. pic.twitter.com/t46XMfk23C
— DragonForceIO (@DragonForceIO) June 11, 2022
Namun dilaporkan, polis negara berkenaan sudah melancarkan siasatan berhubung tindakan godam itu.
DragonForce Malaysia menarik perhatian dunia sejak tahun lalu, selepas didakwa mencuri dan membocorkan maklumat peribadi hampir 300,000 penuntut Israel dari AcadeMe, satu daripada jaringan rekrut terbesar bagi pelajar dan lepasan universiti.
Terdahulu, akibat daripada kenyataan yang disifatkan menghina Islam itu telah mencetuskan protes dan rusuhan di bandar utara dan kemudian merebak ke Mumbai.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula menyifatkan tindakan pemimpin BJP itu sebagai sebahagian daripada Islamofobia.