Pekerja Asing COVID-19

Kes COVID-19 Dunia Cecah Lebih 5 Juta, WHO Terima Laporan Peningkatan Mendadak Dalam Tempoh 24 Jam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari ini secara rasminya, kes positif COVID-19 di seluruh dunia mencecah lebih lima juta dengan kadar kematian seramai 329,732 orang dan kes sembuh sebanyak lebih 2.02 juta.

BACA: Amerika Syarikat Atasi China, Catat Kes Tertinggi Dunia Positif COVID-19

2 April lalu, kes positif COVID di dunia mencecah sejuta dengan angka korban sebanyak 51,000 yang mana kemudiannya dalam tempoh lebih kurang 13 hari (15 April) ianya meningkat kepada dua juta dan pada 27 April kepada tiga juta kes sebelum meningkat kepada empat juta pada 8 Mei lalu.

8 Mei lalu, kes COVID-19 mencecah angka empat juta dengan kadar kematian sekitar 276,210 dan jumlah sembuh seramai 1.3 juta. Ini bermakna dalam tempoh 12 hari, peningkatan kes yang dicatatkan adalah sebanyak satu juta.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 106,000 kes baharu dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mana jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak wabak pandemik ini bermula.

Kes Positif COVID-19 Cecah Lebih 5 Juta, WHO Terima Laporan Peningkatan Mendadak Dalam Tempoh 24 Jam
Sumber: World of Meters

Yang mengejutkan hampir dua pertiga daripada jumlah peningkatan itu datangnya dari empat buah negara sahaja.

Dalam sidang media berkenaan,Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr Michael Ryan memberikan amaran kepada negara-negara yang menggunakan ubat malaria, hydroxychloroquine bagi merawat pesakit COVID-19 termasuklah Brazil selepas diluluskan oleh Presidennya, Jair Bolsonaro.

Ini kerana WHO merasakan penggunaannya berkemungkinan besar akan memberikan kesan sampingan kepada penerima kerana ubat jenis itu masih belum dibuktikan berkesan dalam mencegah penyakit berkenaan.

Terdahulu, Trump tetap percaya bahawa penggunaan ubat yang digunakan untuk merawat malaria itu berkesan bagi merawat pesakit COVID-19 meskipun menerima banyak kritikan daripada pasukan perubatan.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Astro Awani