
Kes Bunuh Zulfarhan: Dipanggil Bela Diri Tak Bermakna Bersalah – Peguam
Keputusan kes bunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zukarnain yang diumumkan semalam telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.
18 orang penuntut yang terlibat diminta untuk tampil membela diri bagi pertuduhan yang mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan hanya seorang daripadanya bebas mutlak.
BACA: Ini Sebab Mengapa 18 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Perlu Bela Diri
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan.
Ramai yang keliru, mengapa mereka (tertuduh) masih perlu membela diri? Adakah dipanggil membela diri bermakna sudah terbukti bersalah?
Jom baca penjelasan daripada peguam ini.
Perbicaraan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat Prima Facie dan Pembelaan.
1. Peringkat Prima Facie
Pendakwaan perlu membuktikan kes ke atas tertuduh dan pendakwa perlu memanggil kesemua saksi pendakwaan yang material.
Pada peringkat ini, OKT (Orang Kena Tuduh) tidak akan memberikan sebarang kenyataan dan hanya duduk diam-diam di kandang tertuduh. Yang memberikan kenyataan adalah kesemua daripada saksi pendakwa menunjukkan kesalahan OKT.
Pada peringkat ini, ramai akan menyalahkan tertuduh sedangkan pada peringkat ini, semua yang dinyatakan adalah daripada sebelah pihak sahaja.
Peguam pada peringkat ini akan menunjukkan bahawa tiada bukti sama ada ketiadaan bukti, saksi ataupun kenyataan saksi yang tidak kuat yang boleh mengaitkan OKT dengan jenayah yang dituduh.
Peguam akan menyebut kejadian atau bukti dari sudut OKT sama ada gakta kejadian menurut OKT, alibi, kewujudan saksi bebas atau pembelaan diri semasa kejadian seperti membunuh dengan tujuan membela diri.
Di penghujungnya, mahkamah akan melakukan penilaian sama ada pendakwaan berjaya membuktikan kes Prima Facie. Sekiranya berjaya, mahkamah akan ke peringkat kedua.
2. Peringkat Pembelaan
Pada peringkat ini, mahkamah telah menerima fakta pertuduhan tetapi bukan secara keseluruhan dan mahkamah akan mendengar kenyataan daripada OKT dan saksi-saksi pembelaan.
Selain daripada boleh memanggil saksi yang menyokong kenyataan beliau, OKT juga boleh memilih tiga pilihan semasa di peringkat ini:
- Berdiam diri – Mahkamah akan terus jatuhkan hukuman kerana kes sudah terbukti dan tidak dijawab.
- Beri keterangan di kandang tertuduh – Pilihan ini tidak kukuh kerana beliau tidak boleh dicabar oleh pendakwaan. Penerimaan Mahkamah pada kenyataan ini juga tidak kukuh.
- Kenyataan daripada kandang saksi dalam keadaan bersumpah – Pilihan ini kukuh tetapi OKT akan disoal siasat secara berterusan.
Setelah habis kes pembelaan, mahkamah akan menilai semula kes secara keseluruhan dari awal supaya dapat mengukuhkan pembelaan peguam pada peringkat awal dengan keterangan saksi.
Sekiranya saksi sudah dipanggil dan kenyataan menyokong OKT dan membuktikan bahawa OKT tidak salah, maka mahkamah perlu membebaskan OKT. Jika tidak, ini bermakna kes Prima Facie pendakwaan adalah kekal dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman, malah melakukan pindaan kepada pertuduhan.
Pembuktian Prima Facie bukannya dikira sebagai menang kes, tetapi lebih daripada 50% ke arah kemenangan, bergantung kepada pembelaan yang digunakan dan akan ada juga proses rayuan yang akan digunakan.
Mahkamah perlu mendengar daripada kedua-dua belah pihak dan menilainya supaya dapat membuat keputusan.
Sumber: The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad
Hero Malaya.
Jordan Boy and Ev Ting: Malaysian Heroes in One Championship
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.