
Kerusi DUN Batang Kali Kosong, Wakil Rakyat Hilang 6 Bulan
Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.
Kerusi DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim.
Pengisytiharan ini dikeluarkan akibat penyandang kerusi berkenaan, Harumaini Omar daripada Parti Pejuang gagal menghadirkan diri tanpa kebenaran selama lebih enam bulan semenjak 28 Julai 2022.
Tuan Speaker akan membuat pemakluman kekosongan kerusi DUN Batang Kali kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali tersebut, Harumaini Omar pernah mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020 dan menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA: Tragedi Seperti Di Batang Kali Dikhuatiri Boleh Berlaku Di Lokasi Pelancongan Ini
Trending now



