A&S pembersih vakum Neatsvor

Kerja Rumah Jadi Lebih Mudah Dengan Miliki Pembersih Vakum Robotik Neatsvor A&S

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum mengenali jenama A&S, namun dengan beberapa produk berinovasi baharu, pasti anda ingin memiliki produk daripada A&S ini.

A&S baru-baru ini memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Pembersih Vakum Robotik Neatvsor, kerjasama dengan jenama pembersih vakum robotik popular Neatsvor. Ia merupakan sebuah pembersih vakum pelbagai guna seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai.

A&S pembersih vakum Neatsvor

Dengan teknologi canggih ini, ia mampu melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa. Didatangkan dengan 2 model iaitu A&S oleh Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A&S oleh Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang amat berkesan.

A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390

A&S pembersih vakum Neatsvor

Mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.

A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500

A&S pembersih vakum Neatsvor

Memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi.

Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.

Selain itu, A&S juga melancarkan A&S Pembersih Hampagas Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. Dengan seberat 1.41 kg, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100 mempunyai kuasa sedutan yang kuat iaitu sekitar 8,000 pa dengan fungsi sentuhan, penapis HEPA dan tanpa kord.

A&S pembersih vakum Neatsvor

Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019, anda yang ingin memiliki pembersih vakum canggih ini boleh mendapat diskaun sehingga 70% untuk beberapa produk dari A&S.

Boleh membeli A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100 dengan harga serendah RM279 (Harga biasa RM799), A&S by Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum dengan harga RM 829 (Harga biasa RM1,799) dan A&S by Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot pada harga serendah RM629 (Harga biasa RM1,299). Berbaloi bukan?

Selain pembersih vakum, pelanggan juga akan menikmati pengurangan hebat pada pembelian mesin basuh dan bar bunyi.

Tawaran Mega Jenama A&S akan berlangsung bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang pada 29 Julai. Dalam masa 2 jam ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk maklumat lanjut, layari kedai A&S di Lazada.