
“Kerja Rumah Ini Kerja Suami, BUKAN Kerja Isteri” – Ceramah Ustaz Undang Kemarahan
Satu luahan perasaan di Facebook menjadi viral apabila setakat ini telah menerima 3 ribu tanda suka dan diulang kongsi lebih seribu kali!
Hantaran yang mempertikaikan tentang pandangan ustaz-ustaz mengenai peranan suami isteri dalam membuat kerja rumah tersebut telah ditulis oleh Su Han Wen Shu di Facebooknya berikut.
Benarkah ceramah-ceramah ustaz yang didakwanya sebagai mengarut ini boleh memberi kesan dalam jangka masa panjang? Jom baca.
Ustaz-ustaz:
Pagi ceramah kat Kodiang, petang ceramah kat Kluang, esok ceramah kat Sabak Bernam, minggu depan naik kapal terbang, pergi ceramah kat Kundasang;
Ustaz-ustaz sama:
“Kerja rumah ini kerja suami, bukan kerja isteri.”
Dah ustaz-ustaz ini pun sentiasa sibuk outstation, bila masanya mereka buat kerja rumah?
Cakap tak serupa bikin.
Lepas itu bila ceramah ini dikongsi di Facebook, berlambaklah isteri-isteri tak bersyukur tag suami masing-masing.
Kalau suami kau kerja ofis 9 – 6, Isnin sampai Jumaat, cuti Sabtu Ahad, aku fahamlah kalau kau minta suami tolong buat kerja rumah;
Dah ni suami kau kerja kelindan lori, kerja gudang, kerja pemandu lori, kerja construction, kerja angkat buah sawit kat ladang, balik rumah punyalah barai, pun kau nak tag dia kat Facebook, suruh dia buat kerja rumah?
Itu belum lagi suami yang siang kerja ofis, malam meniaga pasar malam; sebelum subuh jual kuih, pukul 9 pagi masuk ofis dan seumpamanya;
Ustaz-ustaz yang ceramah benda macam ini seronoklah, sebab ramai penonton mereka wanita;
Tapi mereka tak fikir kesan pada keluarga dan suami kepada golongan wanita ini yang bekerja keras di luar sana; mereka tak sedar ceramah mereka ini melahirkan golongan isteri yang tak bersyukur dengan pengorbanan suami untuk mencari nafkah.
Ironis juga ustaz-ustaz jenis ini selalu orang puji faqih, tapi tak pernah fikir kesan jangka panjang ceramah-ceramah mengarut mereka. Faqih apa bendanya camtu?
*Aku bukan anti kerja rumah; kat rumah aku jugalah yang jaga anak sakit, cuci pinggan, basuh, jemur lipat baju dan seumpamanya; cuma aku tak suka trend ustaz-ustaz buat ceramah macam ini; ustaz-ustaz ini lupa, bukan semua pekerjaan di luar sana semudah ustaz-ustaz ini yang sekadar berceloteh di Masjid.
Sekian.
BACA: Ustaz Suka Buat Lawak Lucah Dan ‘Double Meaning’ Tidak Wajar Dijadikan Teladan
*Gambar sebagai hiasan
Sumber: Su Han Wen Shu