
Kerja Cikgu Tak Ada Perkembangan, Benarkah?
Kerjaya menjadi seorang cikgu merupakan satu kerjaya yang mulia. Namun, tak ramai orang memandang tinggi profesion ini, malahan ada yang mengatakan, kerjaya cikgu tidak akan menjadikan seseorang itu berkembang.
Hal ini dipatahkan hujahnya oleh seorang pengguna Facebook bernama Fdaus Ahmad dalam hantarannya. Apa yang kita boleh belajar daripada perkongsian beliau? Jom kita ikuti.
Apa Cikgu Boleh Buat?
Dalam satu majlis makan malam syarikat, seorang CEO dan staff berbual pasal guru dan pendidikan.
CEO ni cakap;
“Apa la yang budak-budak boleh belajar daripada orang yang dalam hidup mereka cuma ada pilihan untuk jadi cikgu?”
Semua hadirin terdiam.
CEO ni sambung lagi sambil tersenyum.
“Ada pepatah cakap, those who can, do. Those who cannot, teach”,
GM syarikat pula tiba tiba menyampuk;
“Haa bos, isteri Sani tu kerja cikgu, mesti dia boleh komen” – sambil tunjuk ke arah Sani dan isterinya.
Sani ni cuma kerja kerani am di syarikat tu. Isterinya pula kerja cikgu sekolah rendah.
“Ya puan, just be honest. Apa yang cikgu buat?”,
CEO tanya bersahaja.
Isteri Sani seorang cikgu yang baik, pun bersuara;
“Tuan CEO mahu tahu apa cikgu buat? Baik saya beritahu.
Cikgu boleh buat anak anak berusaha untuk capai apa yang mereka tak pernah fikirkan sebelumnya.
Cikgu boleh buat anak anak berasa bangga dengan hasil pelajaran mereka walaupun cuma dapat C.
Cikgu boleh buat anak anak duduk 30 minit, 40 minit, 1 jam atau lebih untuk belajar, sedangkan ibu bapa nak pastikan anak mereka duduk belajar selama 10 minit pun belum mampu.
Tuan CEO mahu tahu lagi apa cikgu buat?

Cikgu buat anak anak sentiasa mahu bertanya,
Cikgu buat anak anak minta maaf bila buat salah,
Cikgu buat anak anak jadi seorang yang bertanggungjawab atas tindakan mereka,
Cikgu buat anak anak hormat sesama manusia,
Cikgu ajar anak anak menulis, dan pastikan mereka boleh menulis,
Cikgu ajar anak anak membaca, dan pastikan mereka boleh membaca, dan terus membaca.
Cikgu ajar anak anak berfikir dan tahu bezakan apa yang baik dan apa yang buruk.
Cikgu boleh pastikan anak anak faham yang kalau mereka berusaha, kerja keras, dan kejar cita cita – mereka pasti berjaya”
Semua hadirin terdiam.
Isteri Sani terus menyambung;
“Cikgu buat dan lakukan perbezaan untuk masa depan anak-anak”,
Dan sekarang izinkan saya pula bertanya;
Apa yang tuan CEO buat?”
*****
Kerja guru tak ada perkembangan?
Para guru lah yang sentiasa menyediakan anak bangsa untuk mempertahan, membina, dan memajukan negara di masa dahulu, hari ini dan di masa hadapan.
Full stop.
Sumber: Fdaus Ahmad