
Kerja Biasa-Biasa Tapi Boleh Pergi Umrah Tiap Tahun, Pemuda Tak Sangka Tip Yang Diberi Berhasil
Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke tanah suci? Mengerjakan umrah ataupun haji adalah merupakan impian setiap umat Islam yang mahu menjadi tetamu Allah.
Namun, bukan semua orang yang berkemampuan untuk ke tanah suci disebabkan ia memerlukan belanja yang tinggi untuk ke sana.
Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.
Namun, orang kata jangan pernah berputus asa dengan niat kita itu kerana ‘rezeki’ mengerjakan umrah ini semuanya atas Pemberi Rezeki.
Seorang pengguna Twitter, @iffatsalleh berkongsi kisah bagaimana dia berjaya bawa ibu bapa ke tanah suci dengan menggunakan tip yang dikongsi oleh seorang individu yang mengerjakan umrah setiap tahun.
Mari kita baca perkongsian beliau.
“Wey, macam mana mak kau boleh pergi umrah tiap tahun?” aku tanya.
Mak dia cikgu
Pak dia kerja kampung.
Tiap tahun pergi umrah. Aku minta tip apa mak dia buat untuk kumpul duit.
“Cikgu, macam mana cikgu boleh pi umrah tiap tahun?”
“Pasang niat, pi bayar deposit pakej, nanti sampai masa cukup la duit tu,” jawabnya ringkas.
Tahun 2018, awal tahun, aku call agensi umrah. Ambil pakej, booking untuk 2 orang.
Aku pasang niat
“Ya Allah, tahun ni aku nak hantar mak ayah aku pi umrah. Murahkan rezeki aku, cukupkan kewangan aku”
Aku pun start buat laman web untuk client. Mula-mula datang client kecil.
Job kecil RM500 pun aku sebat, sebab Allah dah hantar client tu untuk cukupkan duit umrah.
RM18k nak kena kumpul, jenuh gak. Tak pernah aku kumpul duit sebanyak tu.
Slow-slow aku buat web client. Lepas 6 bulan, tak cukup lagi. Separuh pun tak cecah.
Aku dah kelam kabut. Kena fokus kepada job web yang besar-besar.
Kemudian mula dapat job web bernilai tinggi. RM5,000 ke atas. Aku pun tak tahu macam mana client besar boleh percaya dan yakin untuk buat web mahal tanpa bersua muka (aku kat pedalaman Sabah)
Sampai masa, duit cukup!
Aku bayar baki dan mak ayah aku pi umrah tahun tu. Ada juga sumbangan dari adik beradik yang lain. Alhamdulillah, lega.
Guna tip sama untuk mentua
The next year, aku bagitau wife, nak hantar mak dan ayah mentua pula pergi umrah.
Step sama, pasang niat dan booking deposit pakej.
Tahun 2019, sampai masa, duit cukup untuk bayar pakej sepenuhnya. Mak dan ayah mentua pergi umrah.
Cuma nak bagitau,
Masa tahun 2019, nak hantar diorang pergi umrah, aku jumpa 2 orang budak muda.
2 orang ni tiap tahun pergi umrah. Kerja tak tetap.
Tahun ni kerja buat bendang, cukup duit pi umrah.
Tahun lepas buat kerja cuci kereta, cukup duit pi umrah.
Aku yakin, mereka pun guna tip yang sama.
Pasang niat, bayar deposit pakej. Kalau niat saja, takkan jadi. Kena juga bayar deposit pakej.
Insyaallah cukup.
Yang jadi masalah, kita tak pernah pasang niat. Cuma rasa nak pi saja, niat tak ada.
Kalau korang nak pi umrah tahun depan, pasang niat dan bayar deposit siap-siap.
Nanti sampai masa cukup la duit tu. Tapi kena usaha la. Kalau kangkang tidur je memang sampai mati tak cukup duit.
Yang seronok, aku berjaya menumpang keberkatan kumpul duit umrah untuk bayar hutang sekali
Duit untung RM5,000, RM3,000 aku simpan untuk umrah, RM2,000 bayar hutang.
Sambil kumpul duit umrah, hutang pun boleh setel sekali.
Kalau korang pun dah pasang niat, semoga korang pun cukup duit untuk pergi umrah.
Mana tau boleh jumpa di sana nanti.
Jom pasang niat dan deposit!
Sumber: Twitter Iffat Salleh
Trending now



