Punca Kereta Terbakar Kemalangan

Kereta Terbakar Selepas Kemalangan, Ini 7 Punca Boleh Terjadi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak dinafikan banyak kes kebakaran membabitkan kereta berlaku di Malaysia pada setiap tahun dan ia boleh berlaku atas pelbagai sebab.

Sekiranya terlihat percikan api atau terdapat asap keluar dari kenderaan semasa memandu, itu tandanya kebakaran kereta yang mungkin akan berlaku.

Kira-kira satu daripada lima kes kebakaran kenderaan adalah melibatkan satu atau banyak kenderaan.

Berikut merupakan antara punca kereta boleh terbakar.

1. Kebocoran bahan api

Gasolin atau petrol amat mudah terbakar. Ia hanya perlukan sedikit percikan untuk menyala. Kebocoran bahan api boleh disebabkan oleh sambungan yang telah longgar di dalam sistem bahan api kenderaan, hos-hos lama, penebat yang rosak, ataupun bahagian-bahagian lain yang sudah rosak.

2. ‘Overheating’ atau terlampau panas

Minyak petroleum akan terbakar dengan sendirinya pada suhu sekitar 300°C. Cecair brek pula terbakar pada suhu sekitar 280°C, manakala minyak ATF pada 320°C. Ini bermaksud cecair atau minyak ini boleh terbakar secara tiba-tiba tanpa sebarang percikan.

Jika kereta mengalami pemanasan melampau/’severe overheating’, tahap-tahap suhu ini amat mudah untuk tercapai. Gabungkannya dengan bendalir/cecair yang bocor, api boleh terbentuk.

Selain itu, sebab-sebab ‘overheating’ termasuklah kegagalan ‘relay’, kipas radiator. radiator bocor ataupun pam air rosak.

Punca Kereta Terbakar Kemalangan

3. Kegagalan enjin

Kegagalan enjin juga boleh mencetuskan kebakaran. Bateri rosak dan tidak dijaga baik boleh mengakibatkan kakisan mudah terbakar boleh terbentuk pada bahagian atas terminal bateri.

4. Aksesori kereta

Pemasangan aksesori kereta yang tidak betul, seperti pemasangan dashcam yang tidak sempurna boleh menyebabkan litar pintas dan kerugian kepada pemilik kenderaan jika kenderaan itu terbakar.

Selain itu, penggunaan aksesori bukan tulen juga boleh menyebabkan kebakaran kenderaan.

5. Kemalangan

Pelanggaran teruk boleh memutuskan zon remuk pada kereta, seterusnya merosakkan komponen lain pada kereta seperti bateri dan alternator dan kemudian mencetuskan kebakaran kereta.

Kesan pelanggaran yang teruk juga boleh menyebabkan sistem bahan api dan bendalir bocor. Selain itu, geseran atau kerosakan elektrik juga boleh menyebabkan percikan api, menyalakan cecair dan mencetuskan kebakaran kereta.

6. Barang mudah terbakar

Ramai pemilik kenderaan lebih suka meninggalkan beberapa barang mereka di dalam kereta. Walau bagaimanapun, sesetengah barang berisiko untuk disimpan di dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan kebakaran.

Antara barangan yang berbahaya dan berisiko seperti botol plastik dan pemetik api.

7. Selain faktor di atas, beg udara (air bag) meletup dan kerosakan mekanikal boleh mencetuskan percikan atau letupan pada bahan mudah terbakar.

Tip cegah kebakaran kereta

Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kebakaran kereta:

– Beli alat pemadam api untuk kereta anda dan letakkan berhampiran tempat duduk pemandu.

– Jangan merokok di dalam kereta. Ia boleh menyebabkan kebakaran memandangkan bahagian dalam kereta mengandungi plastik dan bahan lain yang mudah terbakar.

– Lakukan penyelenggaraan kereta mengikut tempoh yang ditetapkan
Berhati-hati dengan petrol.

– Matikan enjin semasa mengisi minyak kereta.

Sumber: Wapcar, Bjak.my