Kereta Curi

Kereta Parkir Depan Rumah Lesap Kena Curi Hanya Dalam Masa 43 Saat!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah kereta Proton Gen2 yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor telah berjaya dilarikan pencuri hanya dalam masa 43 saat!

Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi beberapa hari yang lalu seperti yang dilaporkan di portal Majoriti melalui sumber yang diperolehi dari satu video yang dimuat naik di TikTok.

Kereta Curi

“Mohon bantuan rakan-rakan. Sebuah kereta Gen2 Silver dicuri. Lokasi Kampung Melayu Subang,” tulis pemilik kereta tersebut.

Menerusi video yang tular dan ditonton lebih 40,000 kali tersebut, pemilik dilihat cuba berlari ke arah keretanya setelah menyedari kehadiran pencuri berkenaan namun gagal setelah pencuri itu berjaya menghidupkan kenderaan tersebut.

Pencuri durjana berkenaan kemudiannya mengundur kereta Gen2 itu sehingga melanggar tiang rumahnya sebelum memecut laju.

Atas faktor keselamatan, isteri mangsa meminta suaminya untuk tidak mengejar pencuri itu.

Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat. Namun setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes curi kereta tersebut.

Kereta Curi

BACA: Kuasa Tular Bantu Berkas Suspek Curi Kereta Dalam Masa 6 Jam

Sumber: Majoriti