PU Amin Dituduh Freemason

Kerap Sebar Kebaikan Vaksin, PU Amin Dituduh Dibayar Freemason

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sehingga kini, laman media sosial terus hangat dengan komen-komen dilontarkan golongan antivaksin yang mengaitkan teori yang kononnya ia sebahagian daripada agenda Yahudi, dajal mahupun Freemason.

Malahan, mereka yang berusaha menyebarkan fakta mengenai vaksin pula dikatakan sebahagian ejen Freemason seperti yang diterima Pencetus Ummah (PU) Amin.

Mungkin kerana kerap berkongsi mengenai keperluan mengambil vaksin COVID-19, PU Amin dituduh apabila dikatakan telah dibayar oleh organisasi Freemason seperti yang dikongsikan di Instagram Story miliknya.

“Ada yang kata saya dibayar oleh Freemason dengan harga RM20,000 sebulan untuk ajak orang ambil vaksin.

“Wow tapi baik RM100,000 sebulan kaya kot,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak pengikutnya untuk sertai live Instagram pada 10 malam ini bersama Mat Dan untuk membongkarkan hal tersebut.

Tambahnya, hukum vaksin adalah harus dan ia juga mengikut sarana ilmuan agama dan perubatan.

“Bila kita ini jahil (termasuk saya) maka kita ikut saranan ulama dan pakar perubatan.

“Tanggungjawab saya menyampaikan manfaat vaksin telah selesai. Kita tak taasub vaksin pun tapi itu saja cara klinikal ini bagi bendung wabak supaya tak jadi ganas,” katanya.

PU Amin Dituduh Freemason
Sumber: IG Pu Amin

Terdahulu, PU Amin memuat naik hantaran memaparkan sijil vaksin berusia lebih 120 tahun, yang dipercayai dikeluarkan pada zaman Empayar Uthmaniyah.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang mana segelintirnya menganggap pendapat itu sebagai tidak relevan pada situasi masa kini.

Jelas menunjukkan bahawa penggunaan vaksin untuk melindungi pesakit dan mencegah virus terus mengganas dalam sejarah perubatan dan pencegahan penyakit bukan perkara baharu.

Malahan, akhir-akhir ini program vaksinasi sedikit demi sedikit mula menunjukkan impak positif dengan menurunkan kadar kes serius COVID-19.

BACA: Laman Facebook Freemasons Padam Hantaran Sebab Tak Tahan Diserang Netizen Malaysia