Kerana Terlampau Kaya, Ahli Perniagaan Ini Sanggup Tempah Topeng Muka Daripada Emas 1

Kerana Terlampau Kaya, Ahli Perniagaan Ini Sanggup Tempah Topeng Muka Daripada Emas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin kerana terlampau kaya, ahli perniagaan ini sanggup tempah khas topeng muka yang diperbuat daripada emas.

Wabak COVID-19 menjadikan rakyat dunia perlu hidup dalam keadaan norma baharu, antaranya keluar dengan memakai topeng penutup muka dan sentiasa mengamalkan etika kebersihan diri.

Di India, seorang ahli perniagaan, Shankar Kurhade, 49 tahun mencipta kelainan dengan menempah khas topeng muka yang diperbuat daripada emas sebagai langkah melindunginya daripada wabak pandemik tersebut.

Topeng yang ditempah dengan harga USD4,000 (RM17,000) mengambil masa selama lapan hari untuk disiapkan.

Mempunyai lubang-lubang kecil, topeng muka seberat 60 gram itu bagaimanapun tidak diyakini Shankar sebagai sesuatu yang efektif untuk melindungi beliau daripada wabak tersebut.

Kerana Terlampau Kaya, Ahli Perniagaan Ini Sanggup Tempah Topeng Muka Daripada Emas 2
Sumber: SCMP

Turut mengambil langkah berjaga yang lain, penghasilan topeng muka daripada emas itu adalah kerana minatnya yang mendalam terhadap aksesori serta perhiasan yang diperbuat daripada emas.

Memakai perhiasan berbentuk cincin di setiap jarinya, Shankar bagaimanapun percaya penjarakan sosial dan kekerapan membasuh tangan mampu melindungi manusia daripada terkena wabak ini.

Mungkin kerana terlampau kaya juga beliau sanggup berbelanja demi topeng muka emas ini.

Setakat hari ini, India sudah menyumbang lebih 797,399 kes daripada jumlah keseluruhan kes dunia sebanyak 12,414,853 dengan kadar kematian seramai 21,654 orang.

Dalam tempoh 24 jam belakangan ini, India mencatatkan 2,557 kes baharu dan 31 kematian menjadikan mereka sebagai negara ke-3 paling banyak dijangkiti.

BACA: Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari

Akhir Mac lalu, seorang penyelidik kesihatan telah memberi amaran bahawa lebih satu juta orang di India boleh dijangkiti COVID-19 menjelang pertengahan Mei sehingga mendorong Modi untuk menutup semua perjalanan udara, kereta api, perniagaan dan sekolah susulan daripada trend peningkatan kes di India amat membimbangkan terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai infrastruktur yang terhad dalam menangani wabak ini.

Malah sistem kasta yang menjadi amalan di India menjadikan keadaan akibat COVID-19 menjadi lebih buruk.

BACA: Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran Pandemik COVID-19

Menurut laporan CNN, penduduk di sebuah perkampungan di India terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi mendapatkan bekalan ke kedai runcit. Namun tak semua yang pergi kembali dengan barangan keperluan.

Ini kerana kasta yang lebih dominan daripada mereka telah menguasai ‘perjalanan ekonomi’ menjadikan mereka tidak boleh mendapatkan bekalan keperluan seharian.

Sumber: SCMP