Kerajaan Umum Pengurangan Kadar Tol 18% Sehingga Tahun 2058 Bermula 1 Februari Ini

Sumber: The News Strait Times

Isu penjualan konsesi lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) semakin hangat diperkatakan beberapa bulan belakangan ini.

Persoalan mengenai penjualan PLUS ini akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan ianya akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Keputusan ini dibuat secara sebulat suara selepas penelitian dibuat kepada semua bidaan yang dikemukakan oleh pihak swasta dan Khazanah.

 

Halim Saad Beli PLUS 2

Beliau turut mengumumkan, kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS akan dikurangkan sebanyak 18% berkuat kuasa tahun ini dan dilanjutkan selama 20 tahun (2038 – 2058) sebagai ‘tolak ansur’ antara kerajaan dan PLUS.

Kadar penurunan yang akan dilanjutkan sehingga 2058 ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat dalam menanggung peningkatan kos sara hidup.

Antara lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Oktober tahun lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah menyoalkan mengenai keperluan menswastakan konsesi lebuh raya tersebut kerana sekiranya pihak swasta (yang membeli) menaikkan harga tol, ianya sudah tidak memenuhi kehendak manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Halim Saad Beli PLUS 1

Setakat ini, Khazanah memiliki pegangan sebanyak 51% melalui anak syarikatnya, UEM Group Bhd dan baki 49% lagi dimiliki KWSP.

Malah Khazanah sendiri pernah menegaskan bahawa mereka enggan melepaskan PLUS kerana ianya akan mencetuskan ‘ancaman moral yang besar’ sekiranya aset strategik tersebut jatuh ke tangan syarikat swasta.

Perkhabaran penurunan kadar tol ini kemudiannya mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak yang mempersoalkan manifesto penghapusan tol oleh kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan.

Formula Hapuskan Toll Tony Pua

Hello Tony,You tahu tak?Kerajaan PH baru lanjutkan tol PLUS selama 20 tahun lagi ke tahun 2058.You (dan saya) masih ada tak tahun 2058?You tahu tak kerajaan PH juga telah tetapkan kadar tol baru untuk Lebuhraya WCE dan wartakan bahawa kutipan tol di WCE boleh bermula semalam?Apa komen Tony?Complete and utter bullsh!te, ya?

Posted by Najib Razak on Thursday, January 16, 2020

 

Sumber: Berita Harian, FMT