Kerajaan Umum Bil Elektrik PERCUMA Selama Tiga Bulan, Beri Manfaat Kepada Empat Juta Pengguna

Sumber: NST

Kerajaan umum bil elektrik percuma selama tiga bulan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

BACA: Ini Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Yang Rakyat Bakal Terima

Peruntukan berjumlah RM942 juta ini akan memberi manfaat kepada empat juta pengguna domestik iaitu 52.2% yang menggunakan elektrik bawah 300kWj dengan bil elektrik kurang RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.

Manakala untuk penggunaan lebih daripada 300kWj pula, bil akan dipotong sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 yang akan dikreditkan ke dalam bil Julai.

pakej prihatin

Kerajaan umum bantuan ini sebagai satu bantuan tambahan di bawah Bantuan PRIHATIN Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu dan dengan pelaksanaan jumlah diskaun yang diberikan bermula 1 April hingga 30 September adalah RM2.2 bilion.

Peningkatan bil elektrik tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya menjadi trend kebimbangan dunia. Peningkatan yang mendadak disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dan perintah berkurung yang menyebabkan majoriti penduduk dunia kekal di rumah bagi memutuskan jangkitan wabak pandemik COVID-19.

Di Malaysia, selepas menerima pelbagai aduan daripada rakyat, pihak TNB kini sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik yang melonjak naik sepanjang tempoh PKP berlangsung.

TNB menggunakan kaedah prorata untuk menyelaraskan bil bagi memastikan jumlah bil yang tepat bagi setiap bulan bil anggaran dibuat dan kaedah ini tellah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk digunakan.

Sumber: Sinar Harian